Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Aynora
By -
0
Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu. Pagi tadi saya agak busy membaja pokok-pokok di taman comel depan rumah. Selepas breakfast kat kedai mamak bersama si bujang dan bonda tersayang, maka bermulalah aktiviti tersebut. Sebenarnya sebelum kerja membaja semua tu, saya akan plan dulu sehari awal apa yang nak dibuat pada hari sabtu tadi. Saya pesan pada anak dan bonda tersayang untuk ready seawal 8.30 pagi untuk keluar sarapan. Kemudian saya akan inform dia orang yang saya akan mula berkebun padal pukul 9.30 pagi. Jadi masa sarapan kena tepat dan on time! Kemudian bagitau mereka petang lepas zohor nak pergi pasaraya nak cari sayur dan lauk pauk untuk seminggu. Haaa.. gitulah saya, nampak simple tapi suka planning dengan apa yang saya nak buat for the next day 😅😅

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu
Baja yang di beli ti TikTok. 

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Itulah baja yang saya guna untuk membaja pokok di rumah. Samada pokok hiasan, buah-buahan atau pun pokok-pokok kaktus, BAJA JADI ni sesuai untuk semuanya. Kalau pokok di tanam direct atas tanah, sukatan bajanya juga berbeza berbanding pokok yang di tanam di dalam pasu.

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu


Berbalik pada aktiviti membaja pokok saya tu, saya guna Baja yang di beli di TikTok. Beli masa depa jual online dan ada banyak voucher. Maka, dapatlah harga yang murah. 

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Semua pokok saya baja, yang lama atau pokok yang baru. Aturan membaja adalah:

1. Untuk pokok yang kurang setahun, tabur dengan 1 sudu baja je, tabur di pangkal pokok.

2. Untuk pokok yang dah lebih setahun, tabur 2 sudu baja jadi ni di pangkal pokok iaitu bahagian akar.

Membaja digalakkan dilakukan 2 minggu sekali. Pastikan lepas membaja, kita siram pokok-pokok kita tu. Kalau tidak, tak meresap la baja tu ke akar di dalam tanah.

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Proses Membaja Pokok Di Hari Sabtu

Selepas membaja lebih kurang 1 jam, terasa penatnya hingga peluh menitik kat muka dan baju pun dibasahi peluh. Dalam hati happy je la, sebab kononnya bila berkebun dalam sejam, dapatlah kurang beratus gram berat kita juga. Hehe.. kiranya projek 2 in 1 la kan😂😂

So, itulah aktiviti membaja saya di hari sabtu. Mula membaja pada pukul 9.30 pagi, habis kerja membaja pada pukul 10.20 pagi. Alhamdulillah, selesai apa yang dirancamg hari ini.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!