Solat Fardhu Ketika Azan Sedang Berkumandang

Aynora
By -
0
Solat Fardhu Ketika Azan Sedang Berkumandang. Ada sesetengah daripada kita yang bekerja dalam bidang yang sentiasa sibuk dan terkejar-kejar untuk menunaikan solat fardhu. Ada saatnya kita tidak sempat menunggu azan sampai habis tetapi dah terpaksa mengejar waktu solat. 

Solat Fardhu Ketika Azan Sedang Berkumandang


Soalan

Saya ada satu soalan. Oleh kerana saya terkejar-kejar waktu untuk menaiki flight, saya melakukan sembahyang fardhu ketika azan sedang dilaungkan. Adakah sah sembahyang fardhu saya ketika saya melakukan solat semasa bilal sedang melaungkan azan.
 

Solat Fardhu Ketika Azan Sedang Berkumandang Hukumnya Sah


Jawapan dari sumber MAIWP

Berdasarkan kepada persoalan yang diajukan dan penjelasan yang diberikan, mengerjakan solat ketika azan berkumandang adalah sah solatnya. Ini kerana azan merupakan tanda masuknya waktu solat dan di antara syarat sah solat adalah mengerjakannya setelah masuk waktu.

Namun, melakukan solat selepas azan adalah lebih afdhal. Ini kerana hadis daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma sabda Nabi SAW:

اذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِىَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِى الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِى إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِىَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Maksudnya

Apabila kamu mendengar seruan muazzin, jawablah sepertimana yang diucapkannya. Kemudian berselawatlah ke atasku, sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Kemudian mohonlah kepada Allah wasilah untukku iaitu satu kedudukan di dalam syurga yang tidak dikurniakan kecuali kepada seorang di kalangan hamba Allah, dan aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang memohon kepada Allah wasilah untukku pastilah dia mendapat syafaat. - Riwayat Muslim (384)

Oleh itu, melakukan solat selepas azan dapat melakukan tuntutan yang disunatkan semasa azan berkumandang seperti menjawab azan, berselawat dan memohon doa kepada Allah SWT. Dan dengan melakukan perkara berikut akan mendapat ganjaran istimewa yang dijanjikan Allah SWT.

Kesimpulannya, menunaikan solat sewaktu azan sedang berkumandang adalah sah. Namun, sebagai menghormati azan kita digalakkan menanti sehingga bilal selesai mengalunkan azan, kemudian mengangkat tangan berdoa dan membaca doa selepas azan.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!