Cerita Hari Interview Pinjaman Pendidikan Untuk Si Adik. Pada 7/8/2026 , anak-anak soleh kami bergerak seawal pukul 6.45 pagi menuju destinasi lokasi temuduga pinjaman pendidikan dengan MAIJ di Outternest Campside, Gunung Pulai 2. Syarat berpakaian kemeja & seluar panjang untuk lelaki.
Abang : Songkok jangan lupa dik..
Adik : Baik bang.. jangan jadi macam kisah 6 tahun lepas pulak.. kih.. kih.. (ada cerita macam kisah CEO dalam TV)
Menjelang 7.31 pagi mereka berdua sudah sampai di lokasi. Si Adik hantar mesej dulu kat saya, kemudian sesudah itu baru abangnya pula Whatsapp bagitau mereka dah sampai dengan selamat.
Info Yang Anda Cari:
Cerita Hari Interview Pinjaman Pendidikan Untuk Si Adik
Perbualan saya dengan si abang seperti di bawah:
Beberapa ketika kami senyap sebab saya dan En suami ada urusan di Paradigm Mall.
Lebih kurang pukul 9.00 pagi mereka berdua sudah dalam perjalanan balik ke rumah.
Ibu : Macam mana Hazzim punya interview?
Adik : Senang je. Dia hanya tanya satu soalan. Apa yang awak tahu tentang wakaf?
Ibu : Oh no! Habislah..😀 awak tak boleh jawab kut...
Adik : Senang je. Saya jawab dalam 5 minit gitu.
Ibu (dalam soalan hairan) : Mana awak tahu berkenaan wakaf tu?
Adik : Sebelum mula interview ada staff pendaftaran kata suruh baca berkaitan latar belakang MAIJ.
Alhamdulillah. Lega rasanya. Hari interview pinjaman pendidikan anak bongsu telah pun berlalu.
Insha Allah, dengan izin Allah semuanya dapat dilepasi dan berakhir dengan kejayaan.
- Anakku.. biar bermimpi besar, kerana mimpi itu percuma. Langkah terus ke depan, tujuilah kejayaan. Janji Allah menunggu di sana.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






1 Comments
Alhamdulillah..Allah permudah segala urusan anak soleh. Semoga lulus permohonannya nanti. Aaminn...
ReplyDeleteBagus jugalah dia suruh baca untuk persediaan interview kan. Dapatlah jawab dengan tenang dan mudah.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.