6/recent/ticker-posts

Ad Code

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pol Haji. 31 Ogos 2026, kami sekeluarga, kakak dan adik perempuan berkunjung ke Restoran Kacang Pool Haji yang terletak di jalan Dato Jaafar, Larkin. Kalau korang tak biasa ke tempat tersebut, akan ada banyak Google maps tunjuk lokasi. Cuma mana satu korang nak pergi, terpulang. Tetapi kacang pool yang asli tentulah di jalan Dato Jaafar ni. Oleh kerana musim cuti hujung minggu yang panjang, restoran tersebut memang penuh orang dan parking pun agak susah. Kena banyak bersabar dan bertabah. 

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji
Info Yang Anda Cari:

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji


Orang memang ramai walau parking jauh, dan agak susah kerana restoran ini berada di tepi jalan besar yang sibuk dan dekat dengan traffic light. Tetapi kerana kemahuan adik yang duduk di Shah Alam, nak sekali makan kacang pool asli, maka itulah sebabnya kami berada di sini. Hehe..

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji

Keadaan dalam restoran yang penuh sentiasa.. dah rezeki ownernya. Betul tak? Kalau dah tertulis rezeki dia, susah payah orang akan datang. Lagi satu, dalam Google dia punya review punyalah banyak. Berpuluh ribu review korang boleh baca..

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji

Saya order kacang pool kuah kambing. Banyak taw kuah dia, roti pun besar. Saya makan separuh je roti tu, selebihnya anak bujang sulung yang habiskan. Semua kata sedap!! 👍👍

Makan Kacang Pool Di Restoran Kacang Pool Haji

Saya dan beberapa ahli keluarga yang order kacang pool. Ada juga order lontong kering, nasi goreng ayam, soto ayam dan lain-lain. Jadi, bukak setakat jual kacang pool, restoran kacang pool haji juga ada jual macam-macam menu asli Johor yang lain. Nasi ambang pun ada..

Harganya? Bagi kami biasa je, takde lah mahal sangat. Masih boleh diterima poket. 😅😅

Korang nak makan kacang pool haji yang asli? Inilah tempatnya - Restoran Kacang Pool Haji, Jln Dato Jaafar, Larkin.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kita kurang gemor kacang pool ni tapi kalau ada yg nak makan, kita is ok je duduk sekali sbb kat situ pun mcm² menu ada selain kacang pool.kan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, macam² menu asli Johor ada dijual 👍

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Ad Code