Pasang Frame Untuk Pokok Mulberry & Delima. Kebelakangan ini pokok Mulberry kami semakin besar dan tinggi. Bila ditiup angin, dia jadi tidak stabil. Jadi, kami belikan frame tree agar pokok Mulberry dan delima kami boleh tegak sikit dan membesar dengan baik. Jadinya, pagi tadi anak bongsu tolong pasangkan, mana daun yang degil kami pangkas je.. hehe. Jadilah pemandangan pokok mulberry dan delima tu macam gondol sikit.
Kenapa Kena pasang frame pokok?
Pemasangan frame pokok (atau sokongan tanaman/trellis) adalah penting untuk menyokong pokok menjalar agar tumbuh tegak, mengelakkan batang patah akibat angin kuat, serta memastikan dahan dan buah tidak meleret di atas tanah yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit atau rosak. Bukan pokok meleret je seperti money plant, pokok yang berbatang halus dan kecil pun boleh dipasang dengan trellis.










Haraplah pokok mulberry ni berbuah lebat, dapat saya makan lagi masam manis buahnya di lain kali. Yang pokok delima ni asyik bunga dan gugur. Nak besar sikit buahnya, dia jadi kering dan gugur. Belum ada rezeki orang kata.
Info Yang Anda Cari:
Pasang Frame Untuk Pokok Dan Pindahkan Pokok Salam
Hal pokok mulberry dah settled, kita cerita pulak pasal pokok salam. Kami ada 2 batang pokok salam, dah tinggi 4 kaki rasanya. Tadi sempat pindahkan pokok salam dengan pertolongan si bongsu. Pokok salam cantik untuk dijadikan pokok landskap juga sebab ia tidak berbuah atau berbunga. Selama ditanam, tak pernah nampak bunga atau buah..


Pokok salam dah semakin rendang, tetapi selalu akan di trim dan pangkas dahan yang tinggi agar dia sentiasa rendang je..


Sambil tu, kami akan trim daun ciku dan pokok longan brazil supaya kekal rendang tetapi sihat. Setelah selesai buang daun kering dan mati, pasang frame untuk pokok mulberry dan delima, kemudian pindahkan pokok di tempat yang sesuai, barulah last sekali kami tabur baja.
Semoga pokok-pokok yang di bela dan kami sayang ni, memberi banyak manfaat kepada seisi rumah comel kami sampai bila-bila.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



1 Comments
Bagus pasang tree frame trellis tu. Pokok mulberry dan delima stabil, kemas, makin subur dan cepat berbuah nanti!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.