Apakah Mereka Tidak Memerhatikan? Tadi sewaktu membaca al Quran, di dalam Surah an Nahl ayat 48 - 50, qalam Allah itu mengingatkan kita untuk memerhatikan sekitar kita. Sedangkan alam sekitar dan tumbuhan pun kena berzikir. Janganlah sombong kerana Malaikat pun tunduk kepada kekuasaan Allah. Apatah kita manusia yang diberi akal dan fikiran untuk memerhatikan dengan sejelas-jelasnya. Apakah kita tidak mahu berzikir - mengingati Allah?
Bayang-bayang benda seperti pokok dan gunung-ganang turut condong sujud tunduk mematuhi sunnah Allah. Jangan pula kita berlebihan sombong, sedangkan nafas yang kita sedut pun Allah bagi pinjam, ehsan dari Allah.

Info Yang Anda Cari:
Apakah Mereka Tidak Memerhatikan?
Ayat Dari surah an Nahl - ayat ke 48 - 50 ;
" Dan apakah mereka tidak memperhatikan sesuatu benda yang diciptakan Allah, bayang-bayangnya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, dan mereka (bersikap) rendah hati.
Dan segala apa yang ada di langit dan di bumi bersujud kepada Allah iaitu semua makhluk bergerak (bernyawa) dan (juga) para Malaikat, dan mereka (Malaikat) tidak menyombongkan diri.
Mereka takut kepada Tuhan yang (berkuasa) di atas mereka, dan melaksanakan yang diperintahkan (kepada mereka)."

Tadabbur ayat al Quran, surah an Nahl ayat 48 - 50.
Semua makhluk di langit dan bumi—termasuk haiwan, pokok, dan malaikat—patuh sujud kepada Allah dengan tunduk serta takut kepada Tuhan yang berkuasa di atas mereka.
Renungkanlah dan lihat balik ke dalam diri. Kita kena sedar diri sebagai hamba yang lemah di hadapan keagungan Allah. Maka contohilah ketaatan sifat alam dan malaikat yang sentiasa patuh tanpa keluh-kesah. Juga, buang sifat ego menolak kebenaran agama kerana seluruh alam tunduk sujud kepada Allah.
Kesimpulannya, kita kena rendah diri, taat dan jangan sombong menerima amanah Allah di dalam qalam-qalamnya.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



1 Comments
Peringatan yang sangat mendalam dari Surah An-Nahl. Betul, alam sekitar pun sentiasa berzikir, moga kita tak alpa.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.