6/recent/ticker-posts

Ad Code

Singgah Makan Di Lomak Salai, Tampin

Singgah Makan Di Lomak Salai, Tampin. Dah kami berada di bumi Tampin 3 hari 2 malam, maka kenalah cari makan di kawasan yang berdekatan dan senang parking. Jadi dari carian Google, kami mengunjungi Lomak Salai pada tengahari Sabtu. Nampak kawasan parking memang penuh, tapi senang je nak dapat parking kerana kawasan yang luas. 

Naik tangga dulu sebelum sampai ke kawasan restoran, jadi bagi mereka yang ada bawa family berkerusi roda kena cari alternatif lain. 

Info Yang Anda Cari:

Singgah Makan Di  Lomak Salai, Tampin


Apa yang kami makan! Adakah urusan nak order makanan itu mudah sebab ramai orang?? Sebenarnya okay je.. kami dapat tempat duduk dengan cepat. Dah rezeki kan..

Lepas tu, korang kena guna troli untuk pilih makanan, bayar dan makan.. hehe



Dalam perjalanan kami dah survey menu dalam Google. Antara pilihan kami adalah;

1. Sotong bakar sambal yg viral - RM40-00.
2. Daging Salai lomak cili api
3. Telur itik lemak cili api
4. Pucuk ubi lemak cili api
5. Sotong goreng tepung 
6. Paru berlado
7. Terung berlado
8. Air sirap bandung dalam kole

Kami dapat apa yang dah dirancang, alhamdulillah. Untuk semua makanan tersebut, kosnya adalah RM128.25.


Gambar atas - paru berlado. daging Salai lomak cili api, telur itik masak lemak cili api - review kami untuk paru tu di masak agak masin, hinggakan anak bujang hanya makan 2 ketul ke, tak dapat nak habiskan. Tetapi untuk telur itik dan daging lemak salai memang sedap rasanya. Daging Salai pun lembut je..



Gambar atas & bawah - terung goreng berlado, sotong bakar sambal yang dibakar bersama rempah rahsia 😅, sotong goreng tepung, dan sayur pucuk ubi masak lemak cili api. 

Terung goreng berlado - sedap, pedas dan secukup rasanya. Saya sorang habiskan sebab En suami dan anak bujang kata dah biasa makan .. hihi
Sotong goreng tepung - agak liat sikit dan dah sejuk. 
Sotong bakar sambal - saiz besar, dan sambal nampak okay. Tetapi dah sejuk juga.. sebab anak bujang kata ada yang sedang dibakar tetapi dia tak tunggu sebab orang ramai.. tak habis, makan separuh je (sayangnya, rasa membazir sangat..)
Pucuk ubi lemak cili api - sedap lembut daunnya dan habis di makan


Akhir sekali air sirap bandung dalam kole - sedap dan segar, manis seadanya. Habis kami bertiga kerjakan air dalam kole ni. Nampak besar, kan? Tetapi boleh habis tu..

Semasa nak balik, sempat beli kuih koci, apam balik comel dan keria gula melaka di gerai yang disediakan. Di kaki tangga beli pulak kerepek ubi rangup, 2 bekas RM35.00.

Rezeki kita tak tahu macam mana, tetapi Allah beri kami kemudahan walau di mana kami berada. Syukurku yang amat sangat atas segala nikmat & ujianmu ya Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code