Tauhu Singapura Buat Sendiri, Boleh Makan Puas-Puas. Tauhu Singapura ni memang sedap, dan tak semua restoran ada jual tauhu Singapore ni. Kami biasa makan di Mydin Skudai dan kalau order tak cukup satu. Mesti kena order lebih supaya dapat makan dengan puas-puas.



4 keping tauhu saiz besar
Tauge (kalau tak makan tak payah letak)
Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
Hirisan cili padi merah untuk hiasan

Penghargaan untuk anak-anak soleh kami kerana masakkan tauhu Singapore atas permintaan ibunya ini. Kiranya anak bujang ku buat secara trial & error, sebab tu beli tauhu lembut dalam kuantiti yang banyak. Hehe..
Walaupun dia kata kurang jadi, kami ibu dan ayahnya makan sedap je.. tak makan nasi untuk dinner, kita makan tauhu Singapore je..
Info Yang Anda Cari:
Tauhu Singapura Buat Sendiri, Boleh Makan Puas-Puas
Oleh kerana tauhu Singapura ini dimasak oleh anak bujang saya, Maka saya nak kongsi cara dia buat setelah tengok video kat YouTube..
Ada yang dia derhaka sikit iaitu tak letak sengkuang & tauge, sebab dua orang anak soleh tu tak makan sayur tersebut.


Resepi Tauhu Singapore
BAHAN - BAHAN:
4 keping tauhu saiz besar
Tauge (kalau tak makan tak payah letak)
Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
Hirisan cili padi merah untuk hiasan
Cara-caranya:..
1. Goreng tauhu dalam minyak panas sehingga kekuningan dan garing, kemudian potong dadu.
Cara buat kuah sos;
2. Sediakan kuah sos dengan mencampurkan bahan kisar cili padi, bawang putih, air asam jawa, gula, dan garam secukup rasa.
3. Masukkan kacang tanah tumbuk ke dalam sos pencicah dan gaul sebati.,
** Nak cepat pakai sos pecal je ,+ campur kacang tanah tumbuk
4. Susun tauhu di atas pinggan bersama timun.
Curah kuah kacang pedas tadi di atas tauhu sebelum dihidang.
Curah kuah kacang pedas tadi di atas tauhu sebelum dihidang.
Sekian itulah resepi mudah tauhu Singapore yang simple di buat oleh anak bujang kat rumah.
- selagi belum dapat panggilan Housemanship (HO), memang kena jadi ketua chef di rumah jawabnya.. 🤣🤣
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.