Dari Asma' binti Abu Bakar Ash Shiddiq ra. berkata : "Rasulullah saw. bersabda kepadaku: "Janganlah kamu menutup-nutupi apa yang kamu miliki, maka Allah akan menutupi rezekimu". Dalam riwayat lain dikatakan "Nafkahkanlah, berikanlah dan sedekahkanlah hartamu serta janganlah kamu menghitung-hitungnya maka Allah akan menghitung-hitungnya untukmu; dan janganlah kamu menakar-nakarnya (menyukat/membataskan jumlah), maka Allah akan menakar-nakarnya untukmu".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rangkuman ayat-ayat al-Quran di bawah ini saya ambil daripada blog ini, yang banyak membantu saya untuk lebih memahami rahsia sedekah dengan lebih meluas. Semoga pencerahan dan bukti-bukti daripada al Quran lebih memberikan kita keinginan untuk bersedekah dengn niat yang jelas iaitu hanya kerana Allah SWT.

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayat-Ayat Al Quran Tentang 1001 Rahsia Sedekah

1. Sedekah adalah pahala untuk diri sendiri
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 272Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).
2. Miskin yang bermaruah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 273
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Info Yang Anda Cari:
3. Sedekah yang baik-baik
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 267
Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
SEDEKAH TIDAK AKAN MEMBUATMU MISKIN - Bersedekah atau berinfak tidak akan menjadikan seseorang itu miskin, bahkan mempermudahkannya memperoleh sumber rezeki. Amalan bersedekah juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
Rahsia Kelebihan Bersedekah
1001 Kelebihan bersedekah menurut hadis Nabi SAW merangkumi pelbagai ganjarannya di dunia dan akhirat. Antara kelebihan utama bersedekah berdasarkan hadis:
1. Menghapuskan Dosa - Sedekah dapat memadamkan kesalahan atau dosa kecil, sama seperti air memadamkan api (HR At-Tirmidzi).
2. Memadam Kemurkaan Allah dan Menolak Bala - Amalan bersedekah mampu meredakan kemurkaan Tuhan, menolak kematian yang buruk, serta mencegah daripada ditimpa azab dan bala (HR At-Tirmidzi).
3. Mendapat Naungan di Hari Kiamat - Orang yang bersekah secara ikhlas dan menyembunyikannya (tangan kanan memberi tanpa diketahui tangan kiri) akan mendapat naungan-Nya di akhirat kelak (HR Al-Bukhari)
4. Pintu Khas ke Syurga - Terdapat pintu khusus di syurga yang hanya akan dipanggil dan dimasuki oleh golongan yang ahli sedekah (HR Al-Bukhari).
5. Menjadi Penawar Penyakit - Rasulullah SAW pernah menyarankan agar mengubati atau menyembuhkan orang sakit di kalangan umat Islam dengan amalan sedekah

Jom hidupkan budaya sedekah dalam masyarakat kita. Mulakan dengan diri sendiri, anak-anak, adik-beradik, rakan-rakan dan seterusnya. Bersedekah bukan saja mengurangkan jarak antara dua darjat sebaliknya mampu memakmurkan ekonomi sesuatu masyarakat.
Semoga bermanfaat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

1 Comments
Alhamdulillah, perkongsian yang sangat bermanfaat dan memberi peringatan buat kita semua. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan hati untuk terus bersedekah..
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.