
Info Yang Anda Cari:
Misi Mencari Kelengkapan Bag Dan Baju Untuk Si Bongsu
Kami pergi cari barang keperluannya di Paradigm Mall, one stop centre kata si abang. Insha Allah, semua ada. Kemudian berlari pula ke Aeon Bukit Indah, nak cari baju sejuk..




Luggage, Backpack dan hand carry bag
First, luggage En suami dah beli. Beli dua sekali, bagi setiap luggage boleh bawak berat 20 - 23 kg.


Kemudian, cari back pack bag dan hand carry bag. Bujang bongsu penggemar warna hitam, semua set dia beli hitam. Cuma backpack je hijau campur coklat. Itu je yang ada.. Boleh lah.. you take it or leave it! Senang je nak ugut.. hehe





Untuk backpack, hand carry bag dan pouch bag (untuk isi wallet, passport, handphone) dan juga bag cover, it's costs us at RM352-00.
The best part is bila kita tanya berapa harga bag cover yang dia pilih tadi, entah katanya. Pakai ambik je.. sebab yang bayar finance minister nya depan mata. Kalau dengan ayah depa, kena check harga dulu. Hihi.. 😇😇
Beli baju harian tambah koleksi sedia ada
Baju harian kena beli lebih, almaklum budak lelaki ni malas sikit nak basuh baju. Kita bekalkan baju harian yang banyak supaya senang dia nak manage jadual pemakaian dia 😅😅


Kami tambah 4 baju dan 3 seluar pendek/ 3 suku dengan kain yang berkualiti sikit. Jadi boleh tahan lama. Paling tidak, boleh tahan sampai cuti semester nanti jika balik ke Malaysia.
Kos untuk baju harian dan sekali dengan seluar adalah RM408-00.
Baju sejuk ada je jual tapi tak ada yang sesuai pulak. Next time kita cari kat JPO pulak, dekat je belakang rumah. Hihi..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.