Jenis Ulaman Yang Menurunkan Kolesterol

Aynora
1
Jenis Jenis Ulam-ulaman Penurun Kolesterol. Anda suka makan ulam? Apakah anda tahu khasiat ulaman yang diambil? Jenis Ulaman Menurunkan Kolesterol. Ada banyak ulaman yang boleh dijadikan teman makan kita setiap hari. Ada yang tawar, ada pula yang pahit rasanya dan sesetengah ulam berasa pedas bila dikunyah. 

Mari kita lihat apakah ulam-ulaman yang popular di negara kita? Kalau tak popular, kita kumpulkan dalam senarai di bawah sebagai rujukan bila perlu.

Jenis Ulaman Yang Menurunkan Kolesterol

1. Daun Kesum
2. Ulam Raja
3. Kacang botol
4. Petai
5. Daun Cekur
6. Daun kaduk
7. Pegaga
8. Daun kunyit
9. Jering
10. Bunga Telang
11. Bendi
12. Pucuk paku pakis
13. Pucuk ubi
14. Daun Selom
15. Daun sambung nyawa 
16. Timun
17. Kacang panjang
18. Tomato
19. Daun ajinomoto
20. Salad
21. Pucuk betik
22. Pucuk gajus
23. Daun kelor/ moringa
24. Pucuk mengkudu
25. Kerdas
26. Terung pipit
27. Daun turi
28. Daun kari
29. Jantung pisang
30. Rebung
31. Pucuk Bebuas
32. Pucuk kedondong
33. Ulam Keladan
34. Buah binjai/ malinja
35. Terung telunjuk
36. Halia muda
37. Daun petai belalang
38. Pucuk maman
39. Sekentut
40. Bayam
41. Ketumbar jawa
42. Daun pudina
43. Tenggek burung
44. Daun selasih
45. Daun beluntas
46. Belimbing buluh

Dan senarai ulaman ada banyak lagi, dan ada juga yang tak pernah di dengar. Dan senarainya masih lagi berterusan....
Info menarik Juga >>>

Jenis Ulam-ulaman Penurun Kolesterol 


Untuk fokus kepada tajuk di atas, mari kita kenali 4 jenis ulam yang mampu menurunkan kolesterol.

1. Daun Kaduk


Daun kaduk mengandungi sebatian antioksidan seperti naringenin yang dikaitkan dengan pengurangan tekanan oksidatif serta metabolisme lipid.

Jenis Ulaman Yang Menurunkan Kolesterol

Daun kaduk dengan nama saintifik Piper sarmentosum sering diamalkan dalam perubatan tradisional Melayu, dipercayai mempunyai potensi untuk membantu menstabilkan paras kolesterol dan gula dalam darah.

Cara makan - dimakan segar, atau dicelur seketika, dan kemudian di makan bersama nasi. 

2. Ulam Raja


- Kandungan oksidannya menjadikan ia kaya dengan bahan semula jadi seperti flavonoid dan polifenol yang melawan radikal bebas.
- Ulam raja juga membantu menyokong kesihatan jantung dan melancarkan peredaran darah apabila diambil secara segar
- Ulam Raja (Cosmos caudatus) juga mengandungi antioksidan tinggi yang membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) di dalam darah. 

Jenis Ulaman Yang Menurunkan Kolesterol

Cara makan - 

Di makan segar: Daun muda Ulam Raja paling baik dimakan mentah sebagai ulam bersama nasi atau pencicah sihat.


3. Pucuk Paku Pakis


Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh anda menambah banyak risiko gangguan kesihatan, terutama risiko timbulnya banyak penyakit. Cara yang paling mudah untuk menurunkan kadar kolesterol iaitu dengan mengamalkan sayuran seperti pucuk paku. Mengapa? Kerana sayur ini punyai anti kolesterol yang tinggi.

Jenis Ulaman Yang Menurunkan Kolesterol

Satu cawan hidangan yang dimasak mengandungi 0 mg kolesterol dan kalori yang rendah (sekitar 46 kalori).

Kandungan Serat: Membantu melancarkan sistem pencernaan dan proses kumuh badan.
Antioksidan & Zat Besi: Kaya dengan Vitamin A, C, dan zat besi yang baik untuk kesihatan sel serta mengelakkan keletihan

4. Bendi


Bendi boleh turunkan kolesterol ke?

Ya, kacang bendi boleh membantu menurunkan tahap kolesterol jahat (LDL) di dalam badan.

Jenis Ulaman Yang Menurunkan Kolesterol

Cara Bendi Bertindak

- Kandungan Serat Larut: Kacang bendi kaya dengan serat larut (pektin) yang berfungsi mengikat kolesterol dalam usus dan mengurangkan penyerapannya ke dalam saluran darah.
- Antioksidan: Ia mengandungi sebatian polifenol yang baik untuk kesihatan jantung dan membantu mengawal metabolisme lipid. 

Cara Amalan Popular

Air Rendaman: Ramai mengamalkan minum air hirisan kacang bendi yang direndam semalaman sebagai petua tradisional.

Walaupun ada cara tradisional untuk penurunan kolesterol dengan mengambil ulaman secara konsisten, anda juga harus bertemu dengan pakar perubatan jika kadar kolesterol dalam darah berada dalam keadaan yang membimbangkan. Bertanya kepada yang pakar dalam bidangnya adalah lebih baik daripada kita berteka teki dengan khasiat makanan tradisional tersebut.

#Sumber
-Utusan Malaysia
-Facebook
-wikipedia
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top