Header Ads Widget

Kenali 1001 Jenis Ulam-Ulaman Di Malaysia

Kenali 1001 Jenis Ulaman Di Malaysia. Salah satu khasiat utama ulaman adalah menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Ada banyak ulaman yang boleh dijadikan teman makan kita setiap hari. Ada yang tawar, ada pula yang pahit rasanya dan sesetengah ulam berasa pedas bila dikunyah. Tahukah anda bahawa terdapat 1001 jenis ulaman di negara kita yang boleh diperolehi dekat dengan persekitaran kita. Tetapi, ada juga orang yang tak makan ulam. Kenapa agaknya? Adakah kerana rasanya? Atau adakah mereka malas mengunyah daunan hijau, atau bijian yang agak pahit rasanya? Entahlah! Jawablah dan tanyakan pada diri sendiri. Apakah anda seorang penggemar ulam?  

Kenali 1001 Jenis Ulam-Ulaman Di Malaysia

Kenali 1001 Jenis Ulam-Ulaman Di Malaysia


Mari kita lihat apakah ulam-ulaman yang popular di negara kita? Kalau tak popular, kita kumpulkan dalam senarai di bawah sebagai rujukan bila perlu.

2. Ulam Raja
3. Kacang botol
4. Petai
5. Daun Cekur
6. Daun kaduk
7. Pegaga
9. Jering
10. Bunga Telang
11. Bendi
12. Pucuk paku pakis
13. Pucuk ubi
15. Daun sambung nyawa 
16. Timun
17. Kacang panjang
18. Tomato
19. Daun ajinomoto
20. Salad
21. Pucuk betik
22. Pucuk gajus
23. Daun kelor/ moringa
24. Pucuk mengkudu
25. Kerdas
26. Terung pipit
27. Daun turi
28. Daun kari
29. Jantung pisang
30. Rebung
31. Pucuk Bebuas
32. Pucuk kedondong
33. Ulam Keladan
34. Buah binjai/ malinja
35. Terung telunjuk
36. Halia muda
37. Daun petai belalang
38. Pucuk maman
39. Sekentut
40. Bayam
41. Ketumbar jawa
42. Daun pudina
43. Tenggek burung
44. Daun selasih
45. Daun beluntas
46. Belimbing buluh
47. Senarai ulam seterusnya...

Kenali 1001 Jenis Ulam-Ulaman Di Malaysia

Info Yang Anda Cari:

Khasiat Beberapa Jenis Ulam Popular


Ada beberapa jenis ulam yang popular dan mengandungi khasiatnya tersendiri:

✔️ Ulam Raja: Mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi untuk melawan radikal bebas, melancarkan peredaran darah serta menguatkan tulang.

✔️ Pegaga: Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menggalakkan penghasilan kolagen, serta baik untuk peredaran darah dan daya ingatan.

✔️ Daun Selom: Melindungi fungsi hati, kaya dengan vitamin A dan C, serta membantu melancarkan pencernaan.

✔️ Cekur: Bersifat anti-radang, antibakteria, serta sering digunakan untuk merawat batuk dan demam.

✔️ Daun Kaduk: Membantu melegakan sembelit, sakit belakang dan menurunkan kolesterol.

✔️ Petai: Membekalkan tenaga tambahan, namun perlu diambil secara sederhana.

Makan ulam adalah bagus untuk kesihatan tubuh. Makan ulam segar juga amat menjimatkan kos kerana ia tidak perlu di masak dengan segala bahan masakan. Selalu makan ulam juga menjadikan kita awet muda asbab mengambil sayuran/ makanan segar. Semoga bermanfaat. 

Sumber:

1. Facebook
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments