Header Ads Widget

Keropok Kacang Pis Hilangkan Bosan

Keropok Kacang Pis Hilangkan Bosan. Keropok ni dah lama kita makan, dari zaman remaja lagi. Orang kata keropok legend. Korang masih ingat ke? Entah kenapa sejak dua menjak ni ada rakan office yang suka beli keropok ini. Bila merasa sedikit, eh sedap pulak. Dah lama sangat tak makan keropok kacang peas ni. Waktu dinner sebelum ni, saya mintak anak bujang soleh carikan kat kedai berdekatan. Dah rezeki, ada pulak keropok yang diinginkan. Makan keropok kacang pis dapat hilangkan rasa mengantuk atau rasa bosan bila kerja dah selesai. Lagi satu, tekstur keropok kacang pis rangup Dan mudah dikunyah. Jadi bila makan tak terasa, tetiba dah habis.😃😃

Keropok Kacang Pis Hilangkan Bosan
Info Yang Anda Cari:

Keropok Kacang Pis Hilangkan Bosan


Terima kasih anak soleh ibu belikan keropok kacang peas/ pis. Saya tengok macam satu bungkus, besar jugak saiznya. You all taulah, saya kalau dah suka mana boleh makan satu bungkus je. Saya tanya satu je? Dia kata ada 3 bungkus dia belikan untuk saya makan puas-puas. Hmm.. that's my son!! 😍😍

Macam mana rupa keropok kacang peas tu?? Cuba belek gambar yang saya share..

Keropok Kacang Pis Hilangkan Bosan

Keropok Kacang Pis Hilangkan Bosan

Green pea snack atau keropok kacang peas ini murah je harga dia. Sebungkus dijual pada harga RM2.90. Bungkusan dia pun besar jugak. Dapatlah lepas geram nak makan snack hijau yang rakan kat office duk makan tu 😂😂. 

Tetapi biasalah kalau makan junk food tak boleh banyak-banyak dan tak boleh selalu. Tak bagus sebenarnya kerana banyak bahan perisa dan pewarna. Kalau boleh budak-budak tidak digalakkan makan, takut tersuka! Bahkan ia pun tak elok untuk kesihatan. 
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments