Advertisement

Pokok Landskap Pisonia Grandis Masih Subur Di Laman

Pokok Landskap Pisonia Grandis Masih Subur Di Laman. Kadang-kadang ada pokok yang senang dijaga tetapi susah nak hidup. Ada pula pokok yang leceh nak jaga dia tetapi boleh hidup pula. Begitulah asam garam tukang kebun part time macam saya. Tapi satu saya pegang, jangan mudah putus asa. Semenjak saya dah pandai sikit tanam pokok bunga.. atau apa-apa pokok lah.. saya tanamkan sikap iaitu kalau satu pokok mati, kita ganti pokok baru lagi banyak. Gitulah.. nak motivate diri sendiri. 

Oh ya, antara pokok landskap saya yang masih subur menghijau adalah Pisonia Grandis. Pokok ni beli kat shoppee.. 

Pisonia Grandis juga dikenali sebagai pokok mengkudu siam adalah spesies pokok yang taburannya sepanjang kawasan berbatu karang di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Spesies ini sering kali menguasai tumbuhan batu karang, tumbuh dalam semak tebal sehingga setinggi 20 meter. Kayu Pisonia agak lembut dan lembik dan reput dengan cepat apabila pokok tumbang. Daunnya adalah dari jenis lettuce dan nipis.

Pokok Landskap Pisonia Grandis Masih Subur Di Laman
Info Yang Anda Cari:

Pokok Landskap Pisonia Grandis Masih Subur Di Laman


Alhamdulillah.

Dua Pokok pisonia grandis yang di beli 1 tahun lepas masih lagi hidup di laman rumah. Pokok-pokok ni saya tanam dalam pasu besar supaya perkembangan akarmya tidak terbantut. Pokok pisonia grandis kesayangan ni mudah dijaga, tetapi kadang-kadang kalau cuaca panas pun dia boleh layu tanpa amaran.

Pokok Landskap Pisonia Grandis Masih Subur Di Laman

Pokok Landskap Pisonia Grandis Masih Subur Di Laman

Pokok Landskap Pisonia Grandis Masih Subur Di Laman

Dalam gambar di atas, di sebelah pokok pisonia grandis tu saya letak pokok anting puteri, bau harum bunganya yang halus putih tu, memang wangi. Sebelum pergi kerja, saya akan ambil bau dia dulu. Memang menenangkan. Setenang mata memandang. 

Kenapa Saya Tanam Pisonia Grandis?

Ini adalah kerana puncanya saya ternampak pokok landskap daunnya kuning di sepanjang highway Yong Peng ke Tangkak. Sangat cantik dan menarik. Semasa lalu susur keluar RnR Pagoh, saya potong satu batang pokok tersebut dan hajat nak tanam kat rumah. Tetapi, malangnya batang pokok yang di tanam tidak hidup dan mati kering. Akhirnya beli kat Shoppee dan hidup subur hingga kini.

Insya Allah, ia akan tumbuh subur di laman kecilku hingga bila-bila.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes

About Us

Aynorablogs - (sejak 2011) - Perkongsian himpunan resepi, infostyle & tazkirah. Email:aynora.nur@gmail.com

DMCA.com Protection Status