Lepas tu perasan, kenapa rubber plant kat luar dan dalam rumah tak sama warnanya.

Info Yang Anda Cari:
Rubber Plant Indoor Vs Outdoor
Oh ya, hari ni sempat belek lama sakit pokok rubber plant. Yang dalam kawasan parking dan di luar rumah, warna daun dia tak sama. Lagi satu rubber plant indoor daun kecil sedikit manakala, pokok yang ditanam di luar rumah memiliki daun yang lebih besar dan berwarna burgundy. Padahal ia diambil dari batang pokok yang sama di dalam rumah. Pelik kan? 😅😅
Mana peliknya.. hehe, tentulah yang diluar rumah daun lebih besar sebab dapat cahaya matahari terus. So, pertumbuhannya agak subur Dan cukup zat.


Dua keping gambar di atas adalah rubber plant yang di tanam di luar rumah. walau jerebu daunnya tak layu, bahkan segar bugar. Ini menandakan rubber plant adalah sejenis pokok landskap yang tahan lasak.


Dua gambar di atas pula adalah pokok rubber plant yang di tanam di kawasan garaj. Di tanam indoor. Daunnya lebih kecil dan berwarna hijau tua. Kerana ia tidak dapat cukup cahaya matahari. Tetapi Masih subur jugak.

Dan menanam pokok rubber plant amat mudah, tak kena kacau dek siput ataupun ulat daun. So, cost minimal. Kalau dapat kawasan rumah yang luas tamannya, boleh lah pilih rubber plant sebagai tanaman landskap rumah anda.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



1 Comments
Best je tengok pokok2 menghijau.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.