![]() |
| Bergambar dengan satu batch di hadapan bangunan universiti |
Info Yang Anda Cari:
Si Bongsu Dengan Dunia Barunya
Terbang ke Egypt pada 20 September 2026 dan kini November pun nak sampai ke hujungnya. Telah 3 bulan NH berada di negara asing dengan budaya dan bahasa yang berbeza. Namun itu semua bukan halangan untuk dia menggapai impiannya.
Antara urusan yang dilaksanakan sendiri adalah membayar yuran, mendaftar di universiti, medical checkup, urusan visa pelajar dan lain-lain lagi.
Dia selalu bercerita tentang sibuknya jalan di Alexandria, berkejar naik Uber untuk ke fakulti yang jaraknya cuma 10 minit berjalan kaki (manja betul kan?), dan craving chicken tenders yang sedap katanya ..
Baru 2 bulan di negara asing, sudah berani tidur rumah kawan di Cairo yang jaraknya 3 jam dari Alexandria, window shopping di airport, picnic dengan student-student dari Mansoura yang juga 3 jam perjalanan. Hmm.. memang explore betul dia.
But at the end of the day, kami kat Malaysia yang pegang jadual kelasnya. 😂😂, saya akan remind dia untuk baca study case sebelum masuk kuliah, berapa jam masanya habis di bilik kuliah, bila dia perlu jumpa mentor, hari apa yang dia tiada class.. dan sebagainya. Walau jauh, kami sebenarnya dekat..
Bak kawan saya kata, bila anak belajar doktor.. mak-mak automatik baca buku dan journal pasal pelbagai penyakit, diagnosis, symptom dan sebagainya.. sampailah ke case study!

![]() |
| Dalam dewan kuliah |
![]() |
| Dalam bilik kuliah - induction programme |
![]() |
| Pemandangan pantai dari tingkat 5 bangunan apartmentnya |
Gambar Kenangan 3 bulan lepas sebelum berlepas ke luar negara
![]() |
| Abang dah balik, adik pulak pergi mengejar impiannya |

Pesanan Buat Anakku!!
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Kami sentiasa mendoakan agar kamu sentiasa selesa di rumah barumu, mendapatkan sahabat yang baik, pensyarah terbaik, dewan kuliah yang nyaman dan selesa serta dipermudahkan segala urusan sepanjang 5 tahun pengajianmu! Semoga Tuhan Yang Maha Pengasih menghantarkan Malaikat-malaikatNya untuk menemani, melindungi dan memgiringi perjalanan anakanda setiap masa!!
Yang bestnya bila saya ada masalah, saya akan minta anak yang sedang merantau menuntut ilmu mendoakan saya, kerana doanya adalah antara doa yang mustajab, insha Allah.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.










0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.