Info Yang Anda Cari:
Pokok Palma Kipas Dan Chaya Menghiasi Laman
Kedua-duanya pokok ini dah lama bertapak di laman rumah kami. Pokok palma kipas di beli dari nursery berdekatan rumah. Manakala, pokok Chaya @ aji no moto saya beli dari TT yang menjual keratan batang.
Pokok Palma Kipas
Juga dikenali sebagai Licuala grandis mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang tinggi dan tidak bercabang serta daun yang seperti bulu atau berbentuk kipas, yang biasanya berkumpul di bahagian atas membentuk mahkota yang padat. Tumbuhan ini tumbuh subur di iklim panas, di mana sistem akar yang luas membantu menguatkan mereka dan menyerap air serta nutrien dengan cekap, menyokong pertumbuhan pokok palma ini.
Dah lama juga saya menanam pokok palma ini di dalam pasu yang besar, iaitu sejak dibeli pada tahun 2023. Apabila dahannya semakin melebar, saya akan cantas dan menjadikan penumbuhan dahan baru.






Pokok Chaya @ Aji no moto
Pokok aji no moto atau Chaya juga dikenali sebagai super food kerana banyak sangat khasiatnya kepada dunia masakan dan juga dunia kesihatan. ..
Bacaan selanjutnya tentang khasiat pokok Chaya boleh baca di SINI.
Saya hanya tanam dalam tong cat saiz besar dan pokok Aji no moto saya telah tumbuh dengan suburnya. Telah beberapa kali juga rakan-rakan dan jiran tetangga mendapatkan keratan batang pokok aji ni moto ini.


Minggu lepas baru saya dan anak bujang cantas dahan pokok Ajinomoto tu kerana banyak daun yang sudah kekuningan. Bila saya capture image tadi, pokok aji no moto dah kembali subur dan hijau daunnya. Banyak siput babi yang suka bertenggek kat pokok aji no moto ni kerana batangnya yang agak manis. Kalau korang lihat, di batang pokok aji no moto ni ada banyak semut kecil yang mengurung di batang dan daunnya. Kalau nak petik daunnya kena guna sarung tangan. Lagipun getah batang aji no moto mengandungi racun. Jaga-jaga ya..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.





0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.