Apa itu Gochujang (ê³ ì¶”ìž¥) – Pes Cili Korea? Gochujang adalah pes cili penapaian tradisional Korea yang diperbuat daripada Gochugaru, beras pulut, meju (fermentasi kacang soya), dan garam. Ia bertekstur pekat seperti pes atau "cili giling", mempunyai kombinasi rasa pedas, masin, dan manis berlemak akibat proses penapaian. Seperti yang anak bujang saya buat, ia boleh dijadikan sos ayam goreng, digunakan dalam masakan seperti Tteokbokki, Bibimbap dan sup Jjigae.
Info Yang Anda Cari:
Resepi Ayam Goreng Korea Dengan Pes Gochujang
Mehlah kita tengok resepi ayam goreng korea hasil tangan anak bujang kat rumah ni. Disebabkan tak ada bijan, dia ganti dengan minyak bijan. Sejak balik dari luar negara, seminggu sekali mesti makan kat restoran korea. Serasi pulak tekak dia dengan makanan korea tu.. .oh ya, menu ayam goreng korea ni dia gandingkan dengan sayur buncis goreng dengan tahu jepun (tauhu telur).


A. Bahan-bahan yang diperlukan
800gm kepak ayam (dipotong dua)
2-3 ulas bawang putih (dicincang)
½ - 1 inci halia (diparut/cincang halus)
1 biji putih telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
Sedikit air
B. Tepung Kering (Untuk kegaringan):
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
½ sudu besar serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil garam halus
C. Sos Gochujang:
3 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 - 4 sudu besar pes Gochujang
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 - 2 sudu kecil gula perang
Sedikit air
2 sudu besar biji bijan (disangai untuk taburan) - kalau tak ada, guna minyak bijan pun ok 👌
Nota:Kalau korang nak resepi ni menjadi, segala bahan untuk sos kena cukup. Jika tidak, dia jadi macam ayam goreng sambal je.. hihi
Cara Memasak Ayam Goreng Korea Dengan Ghocujang
1. Proses Perap Ayam - Gaul kepak ayam bersama bawang putih, halia, putih telur, lada hitam, garam, sos tiram, sedikit air, serta 5 sudu besar tepung gandum dan tepung jagung. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
2. Salut Tepung Kering - Satukan semua bahan tepung kering di dalam bekas besar. Ambil ayam yang telah diperap dan gulingkan ke dalam adunan tepung sehingga bersalut rata.
3. Goreng Kali Pertama - Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kuning keemasan, kemudian angkat dan tos.
4. Goreng Kali Kedua (Teknik Ganda) - Biarkan ayam sejuk sebentar, kemudian masukkan semula ke dalam minyak panas dan goreng kali kedua sehingga benar-benar garing dan keperangan. Angkat dan ketepikan.
Buat Sos Gochujang
1. Masak Sos Gochujang - Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali lain, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan pes gochujang, kicap manis, madu, gula perang, minyak bijan dan sedikit air. Kacau atas api perlahan sehingga sos sedikit pekat dan berbuih.
Akhir sekali gaulkan ayam goreng dalam sos gochujang hingga rata. Siap untuk dihidangkan.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.