Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 4

As-salam,

Malam penentuan kepada peserta MLM 2012 telah sampai ke kemuncak suspennya. Kenapa saya kata macam tu, sebabnya dah 3 minggu lepas kita tengok kesemua peserta santai dan selesa dengan kedudukan masing-masing.

 
Teka-teki sepanjang 3 minggu lepas bakal terjawab malam ni. Siapakah yang bakal tersingkir? Apakah ada kejutan ataupun senarai penyingkiran sudah dapat diduga? Kalau ikutkan jumlah undian, peserta MLM seperti DADIDU, PMAI & R2 selalu terbawah sekali. Ini semua bergantung kepada kita yang mengundi, kalau kita setuju kata mereka lawak dan boleh bertahan lagi, makan terselamatlah mereka. Kalau tidak, selamat tinggallah MLM 2012...

So, kekawan ...malam ini macam biasa pada pukul 10:00 malam, kita tunggu siapa yang tersingkir...

p/s: Selamat berjuang menghiburkan kita semua, bukan senang nak buat kita ketawa...     

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.