
Yang warna hijau tu bukan sayur 😄 tapi cili padi yang saya ketuk-ketuk biar nampak cantik sikit nasi goreng tu..


Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Nasi Goreng Udang Hidangan Berbuka Puasa
Hidangan menu berbuka puasa hari pertama adalah nasi goreng udang harimau nama dia! Sebab udang lain tak ada, kita letak udang harimau gedabak tu.. (sebab beli saiz besar-besar). Ini cerita berbuka semalam punya yer ðŸ¤
Bahan-bahan:
15 ekor udang harimau - buang semua kulit
2 cawan nasi sejuk
2 biji telur
15 tangkai cili padi - tumbuk
3 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu kecil ikan bilis - tumbuk
Garam secukupnya
Timun & cili sos sebagai hiasan
Secukup rasa Maggi
Cara penyediaan;
1. Tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau @ garing
2. Masukkan udang harimau, biar masak seketika
3. Masukkan telur dan kacau semua bahan dalam kuali tu
4. Masukkan garam dan serbuk secukup rasa Maggi
5. Masukkan nasi dan gaul rata. Bila nampak nasi goreng dah agak kering, angkat dan hidangkan.


Mudah dan cepat. Semua orang pun suka sebab perut dah lapar. Hehe.. masa hidang boleh potongkan timun dan tambah sos sebagai penambah selera.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.