Mee Rebus Menu Iftar Hari Ini
Hari ni kami berbuka puasa dengan menu utama mee rebus simple! Memang simple sangat mee rebus tu, cuma ada telur dan aksesori sayuran seperti tauge dan daun sup sikit. Tapi sedap kuah dia, walau tak ada keropok hiasan atas dia.


Selain mee rebus, ada juga beli pau sambal dan pulut serunding.
Oleh kerana kami tinggal berdua je sebab anak-anak berjauhan kerana mengejar impian masing-masing, maka saya akan hanya memasak lauk pauk pada hujung minggu saja. Bila hari bekerja, kami akan beli sikit-sikit sebagai menu iftar kami.


Apa yang saya masak? Hehe.. air je la, itu pun guna elektrik. Tak juga hidup dapur gas tu..
Oh ya, ada juga sesekali saya masak nasi goreng untuk bersahur. Yang penting perut beralas sebagai bekal tenaga sepanjang hari keesokannya.
Walau apa pun yang kita beli dan makan, elakkan pembaziran. Pembaziran adalah amalan syaitan. Okay ✌✌
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.