Panduan Merancang Masa Harian Sebagai Pelajar

aynora nur | 02 January, 2013,9:45 AM |
Advertisement
As-salam,

Kehidupan pelajar masa kini amat mencabar disebabkan terlalu banyak ancaman dan gangguan persekitaran yang boleh menggugat tumpuan terhadap pelajaran. Saya pun pernah bersekolah juga seperti anda semua, sebab itu saya tahu perancangan masa amat penting buat semua pelajar. Lebih baik merancang masa daripada sekarang iaitu awal tahun agar tidak menyesal di penghujung tahun...


Setiap pelajar mesti merancang masa belajarnya, ulang kaji, bermain dan kokurikulum. Kegagalan mengurus masa antara faktor kegagalan dalam pelajaran.

Panduan Merancang Masa Bagi Pelajar:



1. Waktu pagi/ petang (lebih kurang 6 jam di sekolah)

  • mulakan sesi persekolahan dengan berdoa
  • tumpukan perhatian semasa di dalam kelas
  • berbincang dengan kawan/berbual-bual juga merupakan satu brainstorming
  • berjumpa segera dengan guru jika tidak faham sesuatu subjek
  • selesaikan masalah sekolah pada waktu itu juga 


2. Balik sekolah - 2 jam (3 - 5 petang)

  • makan tengahari/malam (ikut waktu sesi persekolahan)
  • mandi/bersolat dsb
  • berbual/bercakap dengan ahli keluarga seketika
  • imbas seketika pelajaran yang diajar pada hari itu, sediakan buku-buku yang perlu dirujuk sebagai persiapan belajar malam nanti 
  • tidur


3. Waktu bermain - 1 jam - 2 jam

  • bermain dengan adik-beradik
  • bermain internet
  • bermain dengan kawan-kawan di padang
  • bersolat dsb


4. Waktu menonton TV (7 mlm - 9 mlm)

  • mandi/bersolat 
  • makan malam bersama keluarga
  • menonton rancangan-rancangan TV yang boleh membina minda
  • tonton rancangan berbentuk santai
  • pilih siaran rancangan TV berdsasarkan nasihat ibubapa 


5. Waktu ulangkaji pelajaran (9 mlm - 11 mlm)

  • siapkan kerja-kerja sekolah yang masih tertangguh
  • buat jadual untuk sesi persekolahan keesokan hari
  • pastikan barang keperluan persekolahan telah tersedia
  • baca sekali imbas subjek yang akan di ajar keesokan hari
  • sediakan soalan jika ada permasalahan (ikut cara belajar peringkat diploma dan seterusnya..) 


6. Waktu tidur -  (11 mlm - 6 pagi

  • pastikan dapat tidur yang mencukupi (6 - 8 jam sehari)
  • minum susu/milo yang boleh membantu perkembangan otak sewaktu tidur
  • tempat tidur yang selesa
  • berdoa sebelum tidur agar hidup kita lebih elok keesokan harinya. 


Semoga susunan aktiviti yang perlu di isi oleh seorang pelajar setiap hari seperti di atas boleh memberi sedikit idea/gambaran dalam membuat masa anda lebih berkualiti dan tidak terbuang begitu saja.

p/s: Dapatkan nasihat kedua ibu bapa dalam menentukan masa yang sesuai untuk aktiviti anda. Selamat merancang ya!

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Panduan Merancang Masa Harian Sebagai Pelajar"

nak try timetable admin la. thanks admin :)

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top