Header Ads

Penantian Dalam Gerimis


Advertisement
As-salam,

Petang Ahad lepas menghantar Hero Kecil kami gunting rambut. Seharian hujan turun di JDT dan ketika kami keluar rumah selepas zuhur pun hujan masih belum berhenti. Keadaan jalanraya ketika hujan apatah lagi di hujung minggu memang agak menyesakkan dada dan menguji kesabaran mulut. Sebab apa saya kata kesabaran mulut, kerana di waktu begini ayat2 'power' yang tak pernah keluar akan terpacul dari mulut kita, betul tak? Cuba renung sejenak...hihi

Sampai di kedai gunting rambut, kedai gunting bumiputera (perniagaan bumiputera ada tercatat pada papan tandanya), hanya Hero Kecil & Hero Dewasa (erm..) yang memasuki kedai tersebut. Saya? Mula-mula main tukar saluran radio, kemudian pasang CD pancing, pasang pendrive yang banyak lagu-lagu rock & syahdu. Bosan terus menggila. Hujan diluar semakin lebat. Sambil itu, saya ambil gambar hujan dari dalam kereta seperti di bawah.

 

Dah siap snap sekeping, perut terus berlagu. Lapar gamaknya. Tengok Hero2ku masih belum keluar juga, entah bincang perihal nak memancing di mana ataupun ada business wiring yang nilaian ribuan dollar...saya tak mahu tahu. Bosan lagi...

 

Sambil snap sekeping lagi, herm...apakah sebabnya saya suka ambil gambar bangunan? Rumah kedai pulak tu...(dalam hati berangan-angan nak beli kedai tetapi modalnya belum mencukupi)...semoga angan-anganku dalam hujan bisa tercapai di satu hari nanti.

Selepas sejam kami bergerak pulang ke Giant bagi mencari kedai makan.  

Tips elak bosan sewaktu menunggu di kereta dalam hujan...
  • Tukar-tukar saluran radio
  • Dengar lagu
  • Tengok CD
  • Ambil gambar merepek meraban, lepas tu delete, nanti penuh memory card
  • Buat angan-angan mat jenin
  • Buat tahi mata (membuta??..), jangan lakukan!! Bahaya!!  
Selamat membaca...


Advertisement

2 comments:

  1. masuklah dlm kedai gunting rambut jgk, eh??

    hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MK Kimi, itu kedai gunting rambut lelaki, khas untuk lelaki dan daripada lelaki...malu ah! hehe

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.