Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berita Terkini Jumlah Kematian & Kecederaan Ops Daulat Di Lahad Datu, Sabah

As-salam,

Saya rangkumkan berita terkini daripada facebook PDRM, Berita Harian Online, Buletin Utama TV3, Sinar Harian, Kosmo!, Harian Metro dan lain2 lagi media rasmi yang diiktiraf.



6 Mac 2013 

1) Sehingga kini, 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM. Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain.

2) Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

3) Pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi, seorang penceroboh telah ditembak mati selepas berbalas tembakan di kawasan operasi.

4) Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam.

5) KPN meminta orang ramai supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi.

6) Pasukan keselamatan akan menjelaskan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai dijalankan.

7) Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan bila operasi terbabit akan selesai berikutan operasi mencari dan menggeledah masih diteruskan. 

Updated!!

8) Angka kematian pengganas Sulu setakat 4:45 petang tadi adalah seramai 13 orang iaitu daripada Op Daulat yang dilancarkan awal pagi semalam sehingga kira-kira jam 4.15 petang ini.

9) Seorang pegawai forensik polis yang menjalankan tugas dalam operasi mencari dan menggeledah diserang pengganas Sulu tetapi terselamat pada kira-kira jam 1.45 petang tadi.


Selamat membaca...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. sedih btul bila jdi camni... nak x nak trpaksa brbunuhan.. angka kmatian diorg ckp nk umum lps smua operasi slesai.. mesti ramai yg dah trkorban..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close