Header Ads

Cara Mudah Kempiskan Perut

As-salam,

Kita mesti risau bila tubuh kita tidak se'slim' ketika zaman anak dara atau bujang teruna dahulu. Ini disebabkan apabila status bertukar daripada cik kepada puan dan sebaliknya, sifat malas mengatasi segalanya. .Malas untuk jaga badan, malas untuk bersenam tetapi amat rajin menghabiskan makanan bila anak-anak tak dapat nak habiskan makanan dia orang...betul tak?

Jadi bagaimana cara paling mudah hendak kempiskan perut? Buat senaman 'sit ups' hanya hangat-hangat tahi ayam. Lagipun selepas buat sit ups (bangun duduk) ni, perut rasa tegang. Rasa tidak selesa pula. Tetapi saya akan kongsikan tiga cara kempiskan perut paling mudah dan murah!


Cara Mudah Kempiskan Perut

Cara 1:

Kempiskan perut anda seberapa kempis yang boleh. Cuba tahan selama 10 saat dan lebih lagi bagus. Lepaskan perlahan-lahan dan ulangi langkah-langkah tadi sebanyak 8 kali dan lebih. Lepas aktiviti ini pasti korang akan rasa perbezaannya. Bahagian perut akan berpeluh. Malahan satu badan ikut berpeluh. Tak percaya, cubalah!  

Cara 2:

Ada juga berpendapat tak ada latihan tertentu untuk mengempiskan perut. Yang penting kurangkan kalori dalam badan iaitu dengan mengambil makanan kurang daripada keperluan kalorie tubuh anda. Lama-lama lemak akan dibakar dan secara automatik perut kempis. Jogging juga amat membantu dalam proses membakar kalori dan juga mengurangkan berat badan.

Cara 3:

Gunakan minyak panas untuk mengurut perut yang gemuk atau boroi. Tidak kisah minyak panas jenis apa yang mahu digunakan, yang penting ia boleh membantu membakar bahagian perut yang berlemak. Krim atau minyak yang panas mampu menolong membakar lemak kita dalam diam. Mungkin cara ini lambat sedikit tetapi berkesan. Lagipun menggunakan minyak panas tidaklah mahal dan boleh digunakan untuk pelbagai rawatan penyakit ataupun luka. 

Yang mana satu  pilihan anda? Tepuk dada tanya perut...hihi

Selamat mencuba sama-sama ya, happy reading!

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.