Panduan Merancang Masa Cuti Bersama Anak

aynora nur | 19 March, 2013,7:08 PM |
Advertisement
As-salam,

Cuti persekolahan semester pertama akan bermula pada 22 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 iaitu selama hampir 9 hari. Untuk tempoh percutian ini tentu anak-anak mengharapkan kita sebagai ibu bapa mereka sentiasa meluangkan masa dan membuat aktiviti bersama-sama.


Aktiviti memancing bersama anak-anak


Apakah plan anda? Apakah yang kita rancangkan itu mendapat 'approval' daripada anak-anak? Ini penting demi menjadikan cuti sekolah mereka penuh manfaat. 

Tip merancang percutian:


1. Merancang cuti lebih awal
Jadualkan di dalam kalendar keluarga dan umumkan kepada anak-anak tentang rancangan percutian anda. Ini akan memberikan masa untuk kita mencari penginapan terbaik dengan harga berpatutan sebelum terlambat. Jangan lupa untuk membabitkan anak-anak dalam memilih lokasi dan aktiviti.

2. Membuat tabung percutian dan merancang bajet
Pastikan anak juga tahu akan perkara ini dan jika mereka meminta untuk membeli sesuatu akan mengakibatkan percutian keluarga tertunda sedikit. Membuat tabung percutian juga dapat menjamin keseronokan yang maksimum kerana ibu bapa tidak perlu menanggung hutang kad kredit selepas kembali daripada bercuti nanti.

3. Biarkan anak berdikari 
Latih anak-anak menyediakan dan membawa bagasi masing-masing. Ibu bapa hanya perlu memberitahu jumlah dan jenis pakaian (pakaian bersantai, berjalan-jalan atau tidur) yang perlu dibawa.

4. Buat senarai semak barangan yang perlu dibawa
Buat senarai barangan yang perlu dibawa seminggu sebelum tarikh bertolak. Ini akan memastikan barangan penting tidak tertinggal. Dengan cara ini percutian akan menjanjikan keseronokan kerana tiada halangan yang timbul.

5. Kemaskan rumah sebelum pergi. Ini penting kerana apabila balik nanti, keluarga akan merasa tenang melihat keadaan rumah yang kemas dan tersusun.

Tip merancang aktiviti bersama anak-anak


1. Kemas rumah. Sekiranya hari biasa anak-anak anda kepenatan dengan jadual sekolah yang padat, cuti sekolah bahagi-bahagikan tugas kepada mereka untuk mop lantai, mengemas bilik dan ruang tamu atau mengganti langsir baru.

2. Berikan tugasan sama rata
Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Beri tugas sama rata. Jika ibubapa membezakan anak perempuan dan lelaki, apabila dewasa, anak-anak anda akan ingat tindakan anda yang pilih kasih. Atau umpamanya, anak yang kecil diberikan tugasan yang sesuai dengan usianya dan begitulah sebaliknya.

3. Aktiviti menghias rumah
Aktiviti berfaedah tidak semestinya ke kem-kem cuti sekolah atau pun seminar pendidikan ibubapa. Anda boleh merancang aktiviti sekeluarga walaupun tidak perlu keluar rumah. Aktiviti ini tidak perlu menunggu musim hari raya. Contohnya membantu ayah mengecat ruang tamu pada hujung minggu.

4. Sediakan makanan dan hidangan yang istimewa
Ibu pula menyediakan hidangan lazat selepas penat bekerja. Sesekali berikan mereka makanan yang istimewa dan berbelanja lebih sedikit untuk memenuhi keinginan resepi kegemaran anak-anak.

5. Aktiviti memasak.
Bukan hanya masak kek atau puding yang sesuai dijadikan aktiviti keluarga pada hujung minggu tetapi juga masakan lain. Anda juga boleh merancang majlis barbeku sekeluarga. Jika masa terhad, biarkan anak membantu menjayakannya.

6. Rapatkan hubungan kekeluargaan
Ambillah hati anak anda pada waktu cuti sekolah ini. Mungkin selama ini hubungan anda dan anak agak jauh kerana kesibukan masing-masing, gunalah cuti sekolah untuk merapatkannya kembali.

7. Menghadiri kelas pengajian agama
Bawa anak ke kelas pengajian agama di masjid atau surau. Dengar pengajian agama bersama-sama sama ada kuliah siang mahupun malam. Ajak mereka untuk menghadiri kenduri saudara mara jika berkesempatan demi merapatkan hubungan kekeluargaan.

8. Riadah
Jogging bersama-sama di taman beberapa jam pada waktu petang atau pagi pada hujung minggu sangat menyeronokkan. Bawa bekalan makanan dan selepas itu berkelah bersama-sama. Ajak anak-anak pergi memancing pun bagus juga bagi memberikan pendedahan kepada mereka.



Dengan senarai semakan yang tertera di atas dapatlah kita mengisi masa cuti sekolah anak-anak dengan sesuatu yang bermanfaat dan merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Rancangan cuti sekolah tidak semestinya kena berjalan jauh dengan kos yang tinggi, cukup sekiranya mengajak anak-anak bersantai dan menonton wayang bersama. Sesekali ajak anak-anak berjemaah dan mengaji bersama-sama terutamanya jika kita hanya bertemu anak sebulan sekali.

Inilah masanya kita menghabiskan masa secara berhemah...

Selamat membaca, happy reading...  
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Panduan Merancang Masa Cuti Bersama Anak"

belum fikir lagi nak pergi mana cuti sekolah nie....

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top