Header Ads

Khasiat Manggis Dan Info Kesihatan

As-salam,

Buah manggis berwarna ungu di luar dan isinya berwarna putih. Jika telah masak, rasanya amat manis dan lazat. Sudah ramai kita dengar bahawa pengusaha kecantikan menggunakan jus manggis sebagai asas produk masing-masing. Mari kita ketahui khasiat buah manggis dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.



Khasiat Buah Manggis

  • Manggis mampu menyembuhkan sekaligus mencegah penyakit kanser. Ekstrak dari buah manggis ini ternyata mampu mencegah daripada tumbuhnya beberapa sel kanser yang ada di dalam tubuh kita, seperti kanser paru-paru, kanser hati, kanser usus, dll.
  • Mencegah tumbuhnya sel-sel pada penyakit leukemia. 
  • Dapat mencegah beberapa penyakit yang merbahaya seperti diabetes, kanser, arthritis dan beberapa penyakit lainnya. 
  • Mampu mengurangi rasa sakit. 
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi. 
  • Melawan radikal bebas. 
  • Melancarkan pencernaan di dalam tubuh kita kerana kaya dengan kandungan serat alami. 
  • Mampu menurunkan kadar kolesterol. 
  • Mengatasi penyakit batu ginjal. 
  • Dapat meningkatkan tenaga kita. 
  • Dapat mencegah penyakit jantung - Orang kebanyakan memanfaatkan manggis sebagai ubat alternatif untuk penyakit jantung yang murah tanpa menyebabkan kesan samping. Namun selain baik untuk kesihatan jantung, kandungan yang ada di dalam buah manggis ini juga baik untuk menyembuhkan penyakit jantung, stroke, diabetes, darah tinggi, ginjal, dan beberapa penyakit berat lainnya. 

Khasiat Buah Manggis Untuk Wanita Hamil

Selain daripada khasiat buah manggis untuk penjagaan kesihatan, buah manggis juga baik untuk wanita hamil. Oleh kerana kandungan khasiat buah manggis yang pelbagai, maka digalakkan ibu-ibu mengandung mengambil buah manggis di dalam diet harian mereka.

  1. Buah manggis mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk kandungan agar semakin kuat dan stabil serta wanita hamil sentiasa kelihatan segar.
  2. Salah satu kandungan buah manggis adalah zat folat yang bersifat mencegah kecacatan janin seperti sumbing, cacat jantung dan sebagainya apabila dilahirkan. 1 cawan buah manggis mengandungi 61 mcg  zat folat. Wanita hamil memerlukan 400 mcg zat folat sehari.  
  3. Manggis juga mengandungi zat mangan yang berguna membentuk sistem kerangka dan tulang rawan bagi pertumbuhan janin. Zat mangan yang terdapat dalam buah manggis juga bersifat antioksidan yang membantu melindungi ibu hamil dan bayi daripada kerosakan sel. 
  4. Vitamin C di dalam buah manggis juga membantu menjaga sistem kekebalan tubuh wanita hamil. 

Untuk itu bagi anda yang memiliki beberapa gejala penyakit yang sudah dijelaskan di atas, ada baiknya juga menggunakan buah manggis ini untuk menyembuhkan dan untuk kesihatan tubuh juga.

Selamat membaca, happy reading!


3 comments:

  1. lama x makan buah manggis... ^_^ anyway nice info...thanks for sharing...

    jemput join sini jika ada kelapangan...

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, t/kasih sebab ajak join GA. Kalau sempat akak join

      Delete
  2. sedapnya buah manggis nie...my favourite...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.