SAPS - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online

aynora nur | 04 April, 2013,9:18 PM |
Advertisement
SAPS - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online ! Ibubapa adalah orang yang paling risau dan ambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin pantas dan canggih, sesiapa yang malas akan ketinggalan. Sebab itulah ibubapa zaman ini telah mulai sedar pentingnya pendidikan dunia dan akhirat untuk anak-anak.

Lebih mudah bila ada satu sistem semakan keputusan peperiksaan anak-anak secara online. SAPS yang bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah perkhidmatan semak keputusan dan analisis peperiksaan murid secara online yang diberikan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara tidak langsung kita boleh pantau prestasi anak-anak kita dari semasa ke semasa.

SAPS - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online


Untuk menggunakan sistem ini, caranya mudah sahaja. Hanya perlu ikut langkah-langkah seperti di bawah.



1) Layari laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang berwarna merah yang tertulis "Semakan Ibu Bapa"
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
4) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
5) Akhir sekali, satu skrin yang memaparkan keputusan murid akan dipaparkan seperti di bawah.

Anda boleh cetak jika mahu untuk rujukan atau perbincangan selanjutnya dengan anak-anak ataupun dengan guru masing-masing.

SAPS - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online
SAPS - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online


Contohnya, apabila tekan butang 'Papar Slip Keputusan', paparan berikut ditunjukkan.

SAPS - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online


Peringatan:

SAPS- Laporan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dijana menggunakan Adobe Reader

Semoga anda semua mendapat maklumat yang jelas tentang SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ini adalah salah satu sumbangan kerajaan terhadap NKRA iaitu penambahbaikan bidang keberhasilan utama negara.

Selamat menyemak keputusan peperiksaan anak-anak, adik beradik dan juga rakan-rakan. Happy reading! 
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "SAPS - Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Secara Online "

terima kasih info nie....rasanya dulu masa anak sekolah menengah pernah check tapi sistem dia lain....yang pentingnya cikgu kena ler update result exam tu...
sistem di sekolah menengah tu namanya Qnet....

sama-sama., ini adalah projek NKRA kerajaan. satu transformasi sistem pendidikan negara.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top