Keputusan PRU 13 Parlimen Gelang Patah | Ghani Othman Vs Lim Kit Siang

aynora nur | 05 May, 2013,7:54 PM |
Advertisement
Keputusan PRU 13 Parlimen Gelang Patah! | Setakat artikel ini ditulis keputusan undi PRU 13 antara Dato' Ghani Othman dengan Lim Kit Siang belum lagi diketahui. Parlimen Gelang Patah yang memperlihatkan 2 calon veteran politik dianggap 'kerusi panas' memandangkan kedua-duanya adalah nama besar dalam kancah politik dan juga mempunyai pengikut yang ramai.

TERKINI!!

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengalahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi.

Keputusan itu diumumkan pengurus pilihan raya Mohd Fuzi Ahmad Shamimi di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah.

Turut diumumkan calon DAP Dr Boo Cheng Hau sebagai pemenang di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Skudai, mengalahkan calon BN Liang Ah Chy dengan majoriti 18,050 undi.

Bagi kerusi Dun Nusajaya pula, calon BN Dr Zaini Abu Bakar mengalahkan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dengan kelebihan 2,201 undi.

Dr Zaini yang ditemui pemberita berkata, beliau tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dengan Lim selaku anggota Parlimen Gelang Patah untuk kebaikan rakyat setempat. - Bernama
Dato' Abdul Ghani Othman  

Jika kita imbas sejarah politik Dato' Ghani Othman, kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara (Disember 1984-Julai 1986). Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mac 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Lim Kit Siang

Manakala, Lim Kit Siang pula telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) sejak tahun 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam Pilihanraya Umum 1999, ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan Bukit Bendera.

Lim menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun1969 hingga tahun 1999. Selepas pilihanraya umum tahun 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. Chen Man Hin. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock.

Beliau memenangi kawasan Ipoh Timur dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang dan kembali menjadi Ketua Pembangkang Parlimen.

Pada tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan Karpal Singh telah dilantik sebagai penggantinya. Selanjutnya, Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, Lim Guan Eng, mengambil alih daripada Kerk Kim Hock sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa ini.

Lim merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi "Operasi Lalang" pada tahun 1987 kerana dituduh membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau dipenjarakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mengizinkan penahanan selama dua tahun tanpa perbicaraan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Melihatkan susur galur dan panjangnya pengalaman kedua-dua tokoh daripada aliran politik yang berbeza di atas, memang wajar kawasan parlimen Gelang Patah di gelar 'kerusi panas' dalam PRU ke 13 ini. Persoalannya, siapakah pilihan rakyat Gelang Patah khasnya dan rakyat Johor amnya yang bakal mewakili mereka di parlimen nanti?

Keputusan PRU 13 Parlimen Gelang Patah memang amat ditunggu-tunggu oleh para penyokong masing-masing. Siapakah pilihan anda yang telah anda buat sebentar tadi. Semoga sesiapa pun pilihan yang dibuat, di harap tiada penyesalan di kemudian hari.

Untuk rekod, saya kongsikan keputusan bagi parlimen Gelang Patah pada PRU 12 tahun 2008:

P162 GELANG PATAH
Jumlah Pengundi: 78,676
Peratusan Kaum: M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22% 

1. Tan Ah Eng (BN) (33,630) 
2. Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) 

Majoriti: 8,851
Jumlah undi: 60,653
Peratus mengundi: 77.09%
Undi rosak: 2,244

Penyandang: Tan Ah Eng (BN)
(Majoriti: 31,666 undi) 

Untuk PRU ke 13 ini, siapakah yang akan memenanginya? Jawapan sudah diketahui, keputusan pula telah diperolehi. DAP menang menewaskan calon BN, iaitu Lim Kit Siang tewaskan Ghani Othman di parlimen Gelang Patah. 

Baca juga yang terkini!! Keputusan Terkini PRU 13 Bagi Negeri Johor

Jangan jadi seperti rumah siap, pahat berbunyi! Kerusi panas parlimen Gelang Patah telahpun dimiliki. Namun begitu, secara majoriti, BN masih memegang pentadbiran Johor.

Terima semuanya dengan hati terbuka...



Tag : Info PRU13
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Keputusan PRU 13 Parlimen Gelang Patah | Ghani Othman Vs Lim Kit Siang"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top