Rahsia Doa Ketika Berwuduk

Rahsia Doa Ketika Berwuduk | Kita mesti mengambil wuduk sebelum menunaikan solat. Anggota badan yang wajib dibasahkan ketika berwuduk ialah muka, kedua belah tangan hingga ke siku, membasahkan rambut (sedikit) dan membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali. Ini adalah secara ringkasnya dan anggota badan yang lain yang ingin dibasahkan sunat hukumnya.  



Rahsia Doa Ketika Berwuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
 "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"



Semoga perkongsian ringkas ini menjadi titik permulaan agar wuduk kita pun bermanfaat kepada kita. Wallahu'alam.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.