Cara Memilih Kasut Yang Selesa

aynora nur | 01 August, 2013,1:45 PM |
Advertisement
Cara Memilih Kasut Yang Selesa - Kasut yang cantik tidak semestinya selesa dan tidak cantik dan murah pun kadangkala lebih selesa dipakai. Kita haruslah berhati-hati juga bila memilih kasut ditakuti kasut yang dibeli boleh membahayakan sang pemakainya.

 



Di negara Jepun, kasut juga melambangkan status seseorang. Jika kita bertemu seseorang di sana, mereka akan memandang kasut kita dahulu sebelum memandang wajah kita. Unik kan?    

Cara Memilih Kasut Yang Selesa


1. Belilah kasut pada ­waktu siang hari atau petang. Ini bagi membolehkan kita mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai.

2. Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu ­selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai. Jika lantai kedai penuh dengan permaidani, cuba berjalan di luar atau di atas lantai simen.

3. Pastikan tumit dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

4. Pastikan memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan cuba berjalan.

5. Panduan bagi yang gemar menggunakan stoking atau sarung kaki ketika memakai kasut bertutup dan sandal. Cuba pakai stoking ketika hendak membeli kasut bagi mengelakkan daripada saiz yang dipilih tidak sesuai.

6. Ketika memilih kasut, sebaiknya jangan terburu-buru agar kasut yang dibeli selesa dipakai dan fesyennya bersesuaian dengan penampilan diri.

7. Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum.

8. Jangan hanya duduk ketika mencuba dan ­menggunakan sebelah kasut saja. Jangan mudah mengang­gap kasut itu benar-benar selesa sepenuhnya meskipun ia cantik dan saiz sesuai sedangkan kita belum mencubanya.

9. Usah membeli kasut tanpa mencuba dan hanya berpandukan pada saiz semata-mata. Tidak semua jenama menggunakan saiz kaki yang sama kerana ia berbeza mengikut produk keluaran masing-masing.

10. Jangan pilih kasut yang ­dirasakan terlalu ketat ­walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz dipilih kerana lambat-laun, timbul masalah lain seperti sakit dan melecet melainkan jika kita ingin mengambil risiko itu atau hanya dipakai untuk satu malam saja.


Panduan memilih kasut yang selesa di atas amat berguna bagi kita sekeluarga terutamanya menjelang perayaan Syawal tak lama lagi. Biar alah membeli menang memakai...

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Cara Memilih Kasut Yang Selesa"

antara sebab kenapa saya x nak beli online . cantik kat kaki org blm tentu cantik kat kaki kita . nasib x baik , langsung x selesa ...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top