Menjejaki Pageviews Satu Juta

aynora nur | 21 September, 2013,9:07 AM |
Advertisement
Menjejaki Pageviews Satu Juta - Satu juta pageviews bukan satu masa yang singkat untuk mendapatkannya. Seperti pernah saya ceritakan pada entri ini, blog aynoranur ditubuhkan secara rasminya pada bulan oktober 2011. Pada ketika ini PV blog ini pada sekitar 942,+++...alhamdulillah...


 


Sebenarnya banyak cabaran yang terpaksa dilalui sebelum boleh berbangga dengan gelaran seorang blogger berjaya. Saya pernah berasa down, fed up, kekeringan idea, rasa marah, tidak dilayan oleh blogger lain dan nacam-macam lagi. Percayalah cakap saya ni...Bukan mudah menjadi blogger!!

Cabaran Blogger Separuh Masa


Selain cabaran 'kecil' di atas halangan terbesar seorang blogger adalah masa dan idea. Oleh kerana saya sekadar blogger separuh masa, jadi saya memang selalu kena kerja lebih masa untuk mencari bahan untuk blog, mengolah dan edit bahan yang telah ditaip agar tidak banyak kesilapan ejaan atau ayat. Ha! Tengok...susah kan?

Tetapi apalah sangat kesusahan tersebut berbanding niat murni yang tersemat dihati. Faktor utama saya giat menulis dan berblog adalah untuk berkongsi info dan manfaat kepada pembaca semua terhadap bahan tulisan saya.

Jika ada rezeki dapatlah juga seposen dua buat melepas dahaga.

Dalam tempoh hampir 2 tahun berblog ni, ada juga beberapa perkara manis berlaku terhadap brand aynoranur ini. Ada juga pengiklan yang berani menampal produk mereka di blog saya. Ada juga pihak Nuffnang beri saya seketul dua dan lebih CPUV. Dan dah cash out pun ada. Itu namanyaa rezeki. 

Menjejaki Pageviews Satu Juta


Macam-macam perasaan yang ada bila PV blog menjejaki angka 1 juta. Jikalau saya ada wang 1 juta macam-macam yang boleh saya buat. Tetapi PV bukan wang tetapi mungkin boleh ditukar kepada duit. Itu tidak mustahil, yang penting usaha sedaya mungkin dan bertahan dengan cabaran yang datang. 

Dalam usaha menjejaki PV satu juta dalam masa terdekat, saya berangan-angan untuk membuat segmen. Pada pendapat korang segmen apa yang patut saya buat? Ataupun nak buat giveaway. Ada sambutan tak agaknya? Jika buat giveaway, hadiah apa yang patut saya bagi secara ikhlas dan percuma? Hmmm...susah jugak rupanya nak buat GA dan segmen, kan?


Teruskan menyokong aynoranur 


Apabila diberikan rezeki dengan pengunjung dan pembaca blog yang bertambah setiap hari, satu saja harapan saya semoga kunjungan dan sokongan anda semua tidak putus separuh jalan. Mari kita bersama-sama berkongsi dan menambah pengetahuan dengan sering berkunjung ke blog-blog yang anda minati. Tidak guna artikel panjang lebar, namun tidak dapat dibaca oleh mereka yang perlukannya.

Semoga setiap tulisan saya dapat difahami oleh semua pengunjung dan info yang ingin diberikan sampai kepada si pembacanya.

Tanpa anda siapalah PV blog aynoranur yang cecah 1 juta nanti. 


Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
8 Komen untuk "Menjejaki Pageviews Satu Juta "

Tahniah sebab istiqamah. Itu satu kejayaan besar yang cukup berguna untuk lapangan lain.

Tahniah Nur kerana telah hampir berjaya menjejaki angka keramat. Pastinya sesuatu yang memang diimpikan oleh semua bloggerkan...Semoga terus berjaya ya...

Terima kasih ya, anda salah seorang penyumbang PV 1 juta saya, hihi

agaknya saya jer kot yg tak ambil kesah benda tuh ... heheheee . tapi mmg ptg utk cpuv

Vee pada mulanya saya x kisah sngt. Tapi saja buat cabaran pada diri untuk buat entri yg selalu dicari, dari situ saya menjejaki PV 1 juta..in sha allah vee pun boleh

dia dh nk cecah sejuta..gua baru cecah 10k..hahaha

bersabar ya, nanti lama2 bertambah la tu

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top