Petua Mudah Melebatkan Rambut

Tudung kanak-kanak
Petua Mudah Melebatkan Rambut - Apakah anda mengalami keadaan rambut gugur yang kerap? Bila asyik gugur, rambut yang tebal pun menjadi nipis. Ada bermacam-macam cara yang kawan saya cadangkan untuk dicuba bagi mengatasi masalah rambut gugur tersebut.

Petua Mudah Melebatkan Rambut




Apa yang diperlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Semoga petua mudah melebatkan rambut yang dikongsikan di atas dapat membantu kita mengatasi masalah rambut gugur.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.