Cara Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i

aynora nur | 03 November, 2013,9:41 AM |
Advertisement
Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i - Sebagai sambungan kepada artikel saya sebelum ini berkaitan dengan kemudahan perkhidmatan akaun simpanan SSPN-I, kali ini saya kongsikan info tentang cara semakan, pengeluaran dan penutupan akaun SSPN-I seperti di bawah.



20131102_093924-1 

Cara-cara Semak Akaun SSPN-i

  1. Hubungi hotline di 03-20804455
  2. Kaunter Maybank dan Bank Islam Malaysia  Berhad
  3. Sementara semakan baki akaun boleh dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPN-i<JARAK>NO AKAUN SSPN-i dan hantar ke 33199., CONTOH; PTPTN SSPN-i 016004100360652
  4. Penyata akaun SSPN-i melalui e-SSPN-i di laman sesawang PTPTN
  5. Penyata pelepasan taksiran cukai melalui e-cukai di laman sesawang PTPTN 

NOTA: Penyata akaun SSPN-i dihantar sekali setahun kepada pendeposit

Pengeluaran Simpanan 


Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa dengan perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 kecuali bagi penutupan akaun.

Penutupan Akaun SSPN-i 

Penamatan potongan gaji (jika berkaitan) perlu dibuat terlebih dahulu sebelum permohonan penutupan akaun SSPN-i dilakukan dengan melengkapkan Borang Kebenaran / Penamatan Potongan Gaji SSPN-i.  

Dokumen yang perlu disertakan:-

  • Borang pengeluaran/ Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
  • Salinan Mykad / Kad Tentera / Kad Polis Pendeposit
  • Salinan kad SSPN -i
  • Salinan Sijil Kematian (sekiranya berlaku kematian kepada penerima manfaat - jika berkaitan

Semoga perkongsian maklumat di atas dapat membantu para pelajar dan ibu bapa Yang mencari maklumat tentang perkara tersebut. Namun begitu, untuk info yang lebih jelas, anda perlu hubungi pihak PTPTN agar tidak tersalah maklumat.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
24 Komen untuk "Cara Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i"

Saya Hassan 641019025567 pengeluaran wang anak masuk IPTA masa bulan puasa sampai sekarang tiada respon di PTPTN Alor Setar

Sudah semak dengan pihak PTPTN Alor Star? Mungkin sudah dimasukkan terus ke dalam akaun anak tuan?

kenapa saya tak dapat penyata akaun sspn

Penyata sspn pendeposit dihantar setahun sekali sahaja..harap maklum

Boleh tak pendeposit buat pengeluaran di Maybank?

salam nak tanya, bagaimana nak dapatkan semula no akaun sspn saya, memandangkan kad sspn saya misplaced.

assalamualaikum...saya ingin bertanya sedikit tentang maklumat pengeluaran nie...bapa saya membuka akaun sspn untuk saya sejak saya kecil dan sekarang saya sudah berumur 18thun...boleh x saya ingin membuat pengeluaran dari akaun SSPN TERSEBUT kerana saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta dan ipts...MINTA penjelasan...???

minta penjelasan tentang hal tersebut...please

Waalaikumussalam Che Amal.
Tidak boleh. Hanya pendeposit yg boleh membuat pengeluaran/penutupan akaun SSPN-i.

Sy nk tnya...sy ad buat pngeluarn..Bpa lma proses msa utk pngeluarn tu???

Proses pengeluaran makan masa sehingga 14 hari bekreja.

Sy dh wat lbh dri 14 hari wktu brkrja tapi msih blum dpat lg.. Mcam mner sy nk wt prtanyaan kt bhgian pngeluran??

Cuba pergi ke cawangan PTPTN berdekatan anda, dan tanyakan berkaitan akaun sspn-i anda. Semoga berjaya.

Cwngn PTPTN di Johor kt maner?? Boleh sy mntak no telefon cwngn PTPTN di johor??

Pejabat PTPTN Negeri Johor

No. 17, Jalan Padi Emas 1/5.
Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru Johor
No Tel : 07 - 237 1060
No Faks : 07 - 238 1090

Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor
L3-UTC-04
Galeria @ Kotaraya
Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Johor

No Tel : 07 - 224 1044
No Faks : 07 - 224 1046


Pejabat PTPTN Cawangan Kluang

No. 14, Jalan Manan
86000 Kluang
Johor

No Tel : 07 - 776 1913
No Faks : -

Read more: http://www.aynorablogs.com/2014/11/semakan-alamat-cawangan-pejabat-ptptn.html#ixzz3wS5mxR00

Ok Terima kasih

saya nak tanya pasal akaun sspn i ni tadi kononnya nak buat pembayaran balik PTPTN tu tapi bila buat semakan akaun sspn katanya maklumat tiada dalam record. macam mana ni padahal dlu sebelum buat pinjaman tu dah bukak dah akaun sspn emm -_-'

Dulu masa buka akaun guna nama anda atau nama orang tua? Kena semak semula..ada sesetengah student belum boleh buka SSPNi, jadi guna nama orang tua..

saya cuma nak tahu no akaun sspn saya.. mcm mana saya nak dapatkan?

proses penutupan akuan SSPN boleh dilakukan dimana-mana cawangan PTPTN atau hanya di KL?

Kalau ikut pengalaman saya, akaun SSPNi hanya boleh ditutup di PTPTN tempat akaun itu dibuka, contohnya jika dibuka di Sg Petani, maka kena tutup di cawangan SG Petani jugak. Wallahua'lam..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top