Header Ads

Makanan Yang Dilarang Ketika Berpantang


Advertisement
Makanan yang dilarang ketika berpantang - Apa itu berpantang? Bukannya pantang nampak tau...hihi, berpantang selepas bersalin. Berpantang maksudnya tidak melakukan sesuatu dalam kehidupan baik untuk jangka pendek ataupun jangka panjang. Hal ini dilakukan kerana alasan faktor kesihatan, kebiasaan ataupun keyakinan atau adat tertentu.




Orang tua-tua selalu berpesan jangan langgar pantang nanti macam-macam yang jadi. Jadi, kata-kata dan nasihat orang tua bukan sekadar cakap kosong tau. Mereka lebih berpengalaman dalam hal-hal sebegini, sudah tentu kesan sampingan dan akibat langgar pantang pun dia orang cukup arif.

Makanan yang dilarang ketika berpantang


Berikut saya senaraikan makanan yang dilarang ketika berpantang. Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.


Dibolehkan:

* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali. Selain dari itu ikan selar, ikan gelama & ikan bawal putih juga boleh dimakan.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara, burung puyuh dan burung merpati.
* Masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.


Elakkan

* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang. Air tebu, air cincau dan air kelapa muda juga patut dielakkan.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.


Lain-lain Makanan Harus Dielakkan:

1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk


Secara amnya, kita harus mematuhi pantang larang makanan yang harus dielakkan ketika berpantang. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah amat berfaedah. Antaranya adalah sebagai perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut untuk faedah kesihatan si ibu.

7 comments:

  1. Assalamualaikum aynora. thanks sharing ni. berguna sangat waktu berpantang nanti. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sheila...thank you. Info penting utk wanita demi jaga kesihatan tubuh badan utk jangka panjang.

      Delete
  2. lately my kaka bila berpantang lbh suka gunakan gamat utk penyembuhan . lagi cepat katanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mesti minyak gamat yang diminum, mungkin juga...

      Delete
  3. Salam.. Kalau telur tiada masalah kan sis??

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.