Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Mengira Cukai Barangan Dan Perkhidmatan GST

Panduan Mengira Cukai Barangan Dan Perkhidmatan GST - Dalam ucapan Bajet 2014 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Menurut PM, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."


Gambar sumber AstroAwani



GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”. **Sumber

Ketika belajar MBA pada tahun 2011 dahulu ada satu subjek yang saya ambil adalah Tax Accounting. Kiranya dalam modul tersebut kita belajar semuanya tentang tax dan tax sahaja. Dan ketika itu Professor kami ada kongsikan tentang GST ni, yang baru nak diperkenalkan di Malaysia. Katanya, GST bagus untuk kita nak jadi negara maju. Jika tidak negara rugi banyak dengan keuntungan jatuh terus ke poket-poket peniaga yang memang dah kaya raya. GST yang dikenakan oleh kerajaan nanti adalah untuk digunakan ke atas kebajikan pengguna juga. Dan secara amnya, cukai ini di kutip pada setiap peringkat sepenuhnya dan bukan secara berperingkat seperti sekarang.

Mengikut tulisan Abdul Aziz Awang, GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini.

Tetapi, mengapa kerajaan melaksanakan GST? Kerajaan melaksanakan GST untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.


Panduan Mengira Cukai Barangan Dan Perkhidmatan GST


Sebagai contoh, pengilang menjual produk kepada pemborong dengan harga RM100. Jika GST sebanyak 4% dikenakan bermakna kos belian adalah RM104 dengan mengambil kira GST yang dikenakan adalah sebanyak RM4.00. Pemborong pula akan menjual kepada peruncit dengan harga RM125.00 sekiranya meletakkan margin keuntungan sebanyak RM25.00. Jika GST 4% dikenakan, maka kadar GST adalah sebanyak RM5.00, oleh itu harga jualan oleh pemborong ialah RM130.00. Oleh kerana GST yang dikenakan kepada pemborong sebanyak RM4.00 boleh dituntut kembali manakala GST yang dikenakan di peringkat ini adalah sebanyak RM5.00, maka nilai bersih GST yang diperolehi hanyalah RM1.00. Daripada contoh ini didapati, nilai ditambah yang terbit daripada aktiviti antara pengilang dengan pemborong adalah RM25.00. Berdasarkan kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%, maka GST ke atas nilai ditambah ini adalah RM1.00. Oleh sebab itulah kaedah percukaian ini juga dikenali sebagai cukai nilai ditambah (value added tax) iaitu jumlah GST yang dapat dikutip akan bersamaan dengan peratusan cukai ke atas nilai ditambah.

GST juga merupakan cukai yang berkesan kerana ia dikutip disetiap peringkat sebagai diagram di bawah:




Sebagi contoh, diperingkat pengilang GST yang dikutip ialah RM4.00 sekiranya kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%. Sekiranya pemborong mengenakan margin keuntungan sebanyak 20%, nilai barangan tersebut ialah RM120.00. Jika GST dikenakan sebanyak 4%, maka jumlah GST ialah RM4.80. Oleh sebab pemborong akan menuntut kembali GST sebanyak RM4.00, maka nilai bersih GST yang dapat dipungut ialah sebanyak RM0.80 (RM4.80 – RM4.00). Sekiranya peruncit pula mengenakan margin keuntungan sebanyak 30%, maka nilai barangan tersebut menjadi RM156.00. Jika GST dikenakan sebanyak 4%, maka jumlah GST yang dikenakan ialah sebanyak RM6.24. Oleh sebab GST yang dikenakan kepada peruncit sebanyak RM4.80 akan dituntut maka nilai bersih GST yang dapat dikutip ialah sebanyak RM1.44 (RM6.24 – RM4.80). Oleh itu, pada setiap peringkat pengedaran akan terdapat cukai GST yang akan dikutip oleh Kerajaan menjadikan kaedah ini lebih berkesan.

Untuk kefahaman lanjut tentang cara kira GST ni, bolehlah terus ke pautan ini.

Secara umumnya, boleh dirumuskan bahawa GST adalah langkah jangka panjang kerajaan untuk menuju negara maju menjelang tahun 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Ini semua adalah matlamat kita bersama.


Jika ada syarikat yang menipu mengenakan GST, boleh check di TAP.

Ringkasan Kaedah Pengiraan Harga GST


1 . Kaedah pengiraan nilai perubahan harga selepas GST adalah seperti berikut :

Nilai Perubahan Harga ( RM ) = Impak GST ( % ) x Harga ( RM )

2 . Kaedah pengiraan harga baru bagi setiap barangan setelah GST dilaksanakan pula adalah seperti berikut :

Harga Baru ( RM ) = Harga ( RM ) + Nilai Perubahan Harga ( RM ) 

Semoga bermanfaat buat semua.

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. Kiranya GST ni bnyk ketelusannya. Tp... Now harI demi hari hrga barang harian makin naik melampau2. Cth :Telur thn lps RM4.9 sekarang RM5.9. Naya rakyat marhaen... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ieta mat saad, memang terasa beban yang ditanggung. Kita tengok tahun depan bila GST dah mula dipraktikkan, harga barang naik atau tidak.

      Delete
  2. owh..igtkan GST nie hanya utk pengguna, rupanya dr pengilang, pemborong, dan peruncit pun ada.. baru la saya faham.. terima kasih ya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dear, ia menyeluruh dan semua pihak kena cukai

      Delete
    2. Assalamualaikum,

      Awak kena faham dulu apa tu GST.

      Ia menyeluruh dan semua pihak kena cukai, tp pengilang tak byr cukai guna duit sendiri, dia caj pada pemborong, so tu duit pemborong.

      Pemborong pulak caj pada peruncit. Dalam masa yg sama cukai yg dia byr thru pengilang tadi sebenarnya akan di refund. Ada caranya, ada borang nak kena isi bila nak claim.

      Peruncit pula byr GST thru pemborong. Tapi dia pun boleh claim balik GST tu. Semua kena berdaftar dulu dlm sistem GST ni. Tak daftar tak dpt refund.

      Pembeli (End user) yg akan byr GST dan tak boleh refund. Sebab diorang nak guna, bukan nak jual balik.

      So, pepandai la pilih barang yg 0% rated, supaya tak kena cukai.

      Jadi, ayat bagi " semua pihak kena cukai " adalah tidak benar.
      Sila faham dahulu maksud pengenaan GST.

      Barang yg standard rated (6%), yg kena cukai adalah barang bukan asas. Meaning, tak beli pun tak pe sebab tak perlu.

      Yang perlu kita guna seharian, kebanyakannya 0%.

      So, bergantung pada kita nak beli barangan asas or nak beli barang yang tak perlu. Kalau kena cukai, jgn bising pulak kata cukai tu mahal.

      Sekian.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close