Apakah Punca Tidur Berdengkur?

Tudung kanak-kanak
Apakah punca tidur berdengkur? | Tidur berdengkur memang agak menjengkelkan terutamanya jika kita sudah mempunyai pasangan. Kebiasaannya orang tidur berdengkur jika badan terlalu penat ataupun ketika kita sedang selsema teruk.



Mengapa kita berdengkur?


Orang yang berdengkur sebenarnya mengalami lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara  atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.

Kesukaran bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini menyebabkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak dan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.

Sebab lain seseorang berdengkur adalah kerana batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus (resdung).

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.