Drama Istikharah Cinta Lakonan Zul Ariffin Slot Akasia TV3

aynora nur | 17 September, 2014,3:14 PM |
Advertisement
Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3 - Drama bersiri slot Akasia TV3 berjudul Istikharah Cinta akan menemui penonton tidak lama lagi. Drama berjumlah 28 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production.





Zull Ariffin amat bertuah kerana dua kali dia terpilih berlakon drama untuk slot Akasia TV3. Selepas ramai yang jatuh hati dengan karakternya sebagai Zill Faezrul dalam Rindu Awak 200%, dia kini muncul pula dalam drama berjudul Istikharah Cinta.

Para pelakon Drama Istikharah Cinta


Zull Ariffin - Airil
Faye Kusairi - Dina Aliya
Zarina Zainuddin - Datin Amnah
Hamidah Wahab -
Fathil Dani - ayah Airil

Dalam harian metro dinyatakan Zull Ariffin akan berganding dengan pelakon baru, Faye Kusairi. Pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 28, berkata, dia tidak menyangka akan jadi ‘hero Akasia’ sekali lagi dalam jangka waktu yang amat dekat.

“Saya perlu berusaha lebih keras untuk mengalih penonton drama Rindu Awak 200% yang sudah ada pengikut sendiri kerana ia diadaptasi daripada novel. Manakala Drama Istikharah Cinta kisahnya dicipta penulis skrip itu sendiri." - Zul Ariffin


Baca sinopsis penuh drama Istikharah Cinta yang mendebarkan!


Biodata Zul Ariffin





Nama Penuh : Zulkifli Bin Ariffin
Tarikh lahir : 25 Oktober 1986
Asal: Taping, Perak
Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki & 2 Perempuan)
Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)
Senarai drama lakonan: Drama Awan Dania, Drama Gerak Khas
Lagi drama lakonan Zul Ariffin : Rindu Awak 200 Peratus TV3, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Kabin di Tepi Tasik, Mr. Feminin
Filem lakonan : Penanggal, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental
Twitter Zul Ariffin : https://twitter.com/zul_ariffin86
Facebook Zul Ariffin : https://www.facebook.com/pages/Zul-Ariffin/135600119851242
Status: Solo? (Masih bujang...hihi)


Sedikit info tentang Faye Kusairi


Faye Kusairi pendatang baru dalam dunia hiburan di Malaysia. Telah berlakon dalam satu filem sebagai pelakon pembantu, dan tiga drama TV dalam tempoh terdekat ini. 

Selain berlakon, Faye Kusairi juga berkebolehan menyanyi, modeling & Iklan TV. Boleh juga memandu kereta lumba, jetski & bot laju. Meminati sukan badminton & renang.

Profile:
Nama : Dayangku Faratiwan Adnil Bt Awg Kusairi
Nama Pentas : Faye Kusairi
Tarikh Lahir : 19 Jun 1987
Tempat Lahir : Miri, Sarawak
Pekerjaan : Guru Drama / Artis / Pemandu kereta lumba
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bahasa : Malay, English, Mandarin
Tinggi : 154.5 cm
Berat : 51 kg

Sinopsis Drama Istikharah Cinta akan saya update dari semasa ke semasa nanti. Secara umum, ia kisah antara dua orang yang saling tidak mencintai. Mengisahkan tentang Airil dan Dina Aliya yang berkahwin tanpa rasa cinta. Tapi, mereka cuba untuk mencintai antara satu sama lain.

Drama Istikharah Cinta akan mengisi slot Akasia TV3 mulai 23 Disember 2014! Hermm...sabar ya? Saya tahu anda semua, terutamanya wanita-wanita diluar sana ramai yang menunggu kemunculan Zul Ariffin, kan?

Drama Istikharah Cinta memilih lagu nyanyian Lah Ahmad sebagai lagu latar (OST) dan tajuk lagu tersebut adalah Kau Tercipta.

Peringatan sikit...:))
Drama-drama jugak, solat jangan dilupa ya my dearest readers. Bila ada iklan tu, boleh stop sekejap, kan? Peace... 


OST Istikharah Cinta - Lagu Nyanyian Lah Ahmad Bertajuk Kau Tercipta


Kau Tercipta

Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku teman seluruh hidupku
Lengkaplah dunia ku
Bawalah aku di dalam doa mu
Semoga sentiasa diberkati setiap waktu
Tuluslah hati ku, di dalam melengkapimu
Semua yang kau perlu

*Korus:
Peluklah aku
Jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua yang milik mu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku
Tuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna
Ku sayang padamu
Kau tercipta tuk temani diriku

Bersyukur kita pada Yang Esa
(terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahgiaanmu
(selalu)
*Korus
Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
5 Komen untuk "Drama Istikharah Cinta Lakonan Zul Ariffin Slot Akasia TV3"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top