Saya tanya pak cik Google tentang sengkaya. Maka ni penjelasannya --- Sengkaya (atau sangkaya) merujuk kepada dua hidangan popular di Asia Tenggara: sos kastard manis (sri kaya) atau pencuci mulut roti kukus cicah sos pandan. Sos ini berlemak manis, diperbuat daripada campuran santan, telur, gula, dan pati pandan. Sengkaya sebagai pencuci mulut (Roti Sangkaya) pula berasal dari Thailand dan sangat popular di Malaysia, hidangan ini menampilkan kepingan roti putih lembut atau roti Hainan yang dikukus, kemudian dicelup ke dalam mangkuk berisi sos kastard pandan (sengkaya) yang lemak berkrim. So, betullah apa yang kami makan tadi. But, this is a first time for us..


Pertama Kali Makan Sengkaya
Pada mulanya kami makan dulu roti kukus tu, kemudian baru makan dengan kuah sos kastard pandan tu. Hmm.. cicah sos pandan kastard tu lagi sedap rupanya. Barulah kami semua berebut nak habis kan hidangan sengkaya tu.
Jom tengok hidangan sengkaya yang kami order.
Sengkaya berwarna warni menaikkan minat nak merasai rasanya. Disebabkan pertama kali nak cuba, kami tak tahu nak makan macam mana.. mulanya makan kososng je, kemudian cuba cicah sos yang disertakan.
So, baru tahu cara makan sengkaya tu. Cicah dengan sos kastard pandan untuk merasai keenakannya.
Sengkaya -- Roti kukus yang di makan dengan sos kastard pandan. Pertama kali merasanya, itulah sebuah pengalaman berharga.
Sengkaya yang berwarna warni.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.




Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.