Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut

aynora nur | 19 September, 2014,1:04 PM |
Advertisement
Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut - Saya suka makan donut. Lebih-lebih lagi jika dapat yang gebu dan lembut. Satu ketika dahulu, saya pernah cuba buat donut tetapi tidaklah lembut mana, bolehlah buat alas perut. Tetapi sejak saya sudah semakin pandai memilih donut yang lembut dan gebu, saya pun tanyakan mereka yang pandai buat donut nih...


Donat yang lembut dan gebu ihsan blog Sharmine205


Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut 

- Anggaran untuk 35-40 biji donut bersaiz sederhana


Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 biji kentang
1/2 tin susu pekat manis
1 paket mauripan/serbuk yis
2 sudu gula
sedikit garam
Air masak

Cara membuatnya:
1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek hingga rata.
2. Campurkan tepung, susu dan kentang yang telah dilenyek tadi.
3. Masukkan gula dan mauripan yang telah direndam dengan air serta garam ke dalam adunan tepung tadi.
4. Gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
5. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit.
6. Buatkan bulatan kecil-kecil ikut ukuran yang disukai dan bulatkan ditengahnya menggunakan penutup botol dan sebagainya.


Donat yang gebu sebelum digoreng ihsan blog Sharmine205

7. Goreng dengan api kecil. Angkat donat jika warna bertukar keperangan.
8. Tunggu 2 minit kemudian taburkan dengan gula halus.
9. Donut anda yang gebu siap untuk dimakan.

Selamat mencuba ya...Ini resepi daripada in law saya...hihi

Nota:

Doh lembut dan tidak lekat di tangan dikira ok, Pastikan doh jangan lembik sangat sebab nanti semasa menggoreng minyak menyerap dalam donut.

Sebarkan Bahagia:
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
10 Komen untuk "Resepi Donut Yang Gebu Dan Lembut"

sedapnya..tak pernah buat sendiri lagi..selalu beli.. singgah follow sini :)
ada masa jemput meriahkan giveaway saya ya :)http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/09/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html

sedapnya makan donat yang panas2 time mendung2 nak hujan cenggini...
datang blogwalking, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com

emmmm yummy my fav tu...nak2 masa preggy yg lalu huhu

sedapnya..rupanya letak kentang sikit eh..xtau pulak..yum3..nk try ni!

itulah rahsianya dear...mesti try!

kak nora kalau biasanya campurkan serbuk kentang mcm mash potato.. asyik gitu rasanya.. heheheh

Serbuk kentang pun boleh juga, lagi instant kan? hihi..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top