Cara Buat Sambal Tumis Bawang Paling Lazat Dan Kurang Pedas

aynora nur | 21 November, 2014,9:25 PM |
Advertisement
Cara Buat Sambal Tumis Bawang Paling Lazat - Oleh kerana saya gemar makan dengan sambal tumis, jadi saya mencuba membuat sambal tumis yang paling best rasanya dan kepedasannya tidak terlalu menyengat. Jadi dari cuba dan cuba hingga akhirnya saya tahu bagaimana nak buat sambal tumis (yang biasa) jadi lazat hingga menjilat jari!!




Cara Buat Sambal Tumis Bawang Paling Lazat Dan Kurang Pedas


Kali ini saya terfikir untuk kongsikan dengan anda semua rahsia nak buat sambal tumis paling sedap. Mungkin chef-chef diluar sana ada rahsia mereka tersendiri, tapi yang ini cara saya. So, mungkin tak sama dengan mereka yang sudah terkenal. Maksudnya sambal tumis yang saya nak kongsikan caranya nanti rasanya tidak pedas sangat tetapi merah menyala, masin dan manisnya terasa dan boleh makan dengan makanan sampingan lain selain nasi lemak seperti dicecah dengan roti, jemput-jemput, ubi rebus dan macam-macam lagi. Ahah!

Oleh kerana ia sambal tumis yang biasa, jadi asasnya sama sahaja. Iaitu,

1 bungkus cili/lada kering (lebih kurang RM2.00) - direbus hingga nampak lembut cili tersebut

2 biji bawang besar - dipotong dadu

3 biji bawang putih - dihiris

1 sudu besar minyak masak

1 sudu kecil garam

1 1/2 inci halia

Bahan tambahan: 2 biji bawang besar dihiris kasar

Masukkan semua bahan di atas (kecuali bahan tambahan) tadi ke dalam blender/pengisar. Kisar hingga hancur dan tiada nampak biji -bijinya.

Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan perapkan lebih kurang 1 jam. Lagi lama lagi bagus. 

Cara menyediakannya mudah sahaja. Tumis bahan-bahan di atas hingga naik minyaknya. (Jika mahu buat sambal tumis sedikit sahaja, ambil sebahagian cili kering yang dikisar tadi dan selebihnya simpan dalam peti ais.) Kemudian tambahkan garam, gula secukup rasa dan bawang besar sebagai hiasan. Perahkan sedikit air asam jawa. Bila bawang besar telah layu, boleh diangkat untuk dimakan dengan nasi lemak, lempeng dan sebagainya.

Tahukah anda apa yang membuatkan rasanya lebih lemak dan lazat? Lagi satu, rasa pedasnya pun berkurangan. Sudah tentu cili kering yang telah dikisar dan diperap tadi. Kerana segala bahan telah sebati dan diserap antara satu sama lain.

Selain sedap dan lazat, cili kering yang dikisar seperti di atas tahan lebih lama, sehingga dua minggu atau sebulan lamanya.

Ia juga amat praktikal untuk ibu-ibu yang bekerja.

Anda boleh mencuba kaedah di atas dan bandingkan dengan cara segera iaitu kisar cili dan terus menumisnya. Rasanya amat berlainan sekali.

Kalau nak tahu, kenalah cuba..

Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
15 Komen untuk "Cara Buat Sambal Tumis Bawang Paling Lazat Dan Kurang Pedas"

Assalamualaikum..

bila baca nampak mcm senang je tapi bila buat baru tau susahnya..

telur yg ari tu sampai 3 kali ayie cuba jadi telur rebus..hahaha

Setahu saya, kepedasan sambal itu bergantung kepada jenis cili kering yang guna. Sekiranya guna cili kering yang kerinting, ianya kurang pedas. Tetpai jika suka pedas, guna cili yang berkilat dan kontot... memang kau-kau pedasnya. Itu, yang saya tahu. Mungkin juga pemerhatian saya tidak betul!

Terima kasih Rose. Dulu saya pun ikut macam tu, yg kilat dan licin mesti pedas punya. Tetapi bila dicuba keduanya dengan kaedah direbus dan kemudian lepas blender diperap dulu, pedasnya berkurangan dan rasa berlemak pula.

Waalaikumussalam. Haha..itu namanya seni memasak kena asah lagi..

sambal tumis bawang yer... hmm.. selalu buat sambal tumis ikan bilis jer... lepas ni nak buatlah sambal tumis bawang... :)

Boleh letak bilis dan bawang dear..hihi, dua2 pun sedappp!

Wajib torai tips Puan yg perap Tu :)

sedapnya makan nasi lemak tambah pulak dengan ayam goreng panas2

sy confuse sikit, nak blender bawang putih, bwg merah yg di potong dadu tu skali dgn minyak juga ke? atau blender cili kering yg direbus itu saja?

Blender semua skali dgn minyak, nanti biji2 chili cepat hancur.

Tahan lama tak

Bila blender masuk minyak & sedikit garam, boleh tahan dekat sebulan dlm peti sejuk. simpan dlm bekas bertutup

Salam.. sis
Maksud boleh bertahan lama tu, 2 mggu hg 1 bulan, adakah ;
- Cili yg blum dimasak & simpan dlm peti ais
- atau yg tlah masak jadi sambal
- yg dah jadi sambal jika tdk di simpan dlm peti sejuk boleh tahan lama jg ker.

Terima Kasih Sis

Wassalam...
tahan lama tu adalah cili yg telah dikisar ikut cara-cara diatas. Kiranya, cili tu belum dimasak lagi.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top