Kata-kata Motivasi Dan Inspirasi Bangkit Dari Kegagalan

aynora nur | 01 November, 2014,10:56 PM |
Advertisement
Kata-kata motivasi dan inspirasi bangkit dari kegagalan - Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Orang yang berani adalah mereka yang bangkit dari kegagalan setelah berkali-kali mencuba tanpa rasa malu dan jemu.

Bila kita gagal mencapai sesuatu tujuan hidup, jadikan ia sebagai satu motivasi dan inspirasi untuk bangkit dari kegagalan tersebut.

Kata-kata inspirasi bangkit dari kegagalan


1. Jangan hiraukan orang yang tidak mengambil berat tentang kita. Jika seseorang itu sayangkan kita, dia mesti berusaha dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memikat kita. Jika kita sahaja yang berlebih-lebih sedangkan dia sebaliknya, lebih baik ucapkan selamat tinggal kepadanya. Jangan simpan harapan pada sesuatu yang tidak menjanjikan keyakinan kepada hati kita.

Kegagalan dalam sesuatu hubungan bukanlah pengakhir hidup kita. Tunjukkan kekuatan kita untuk bangkit semula tanpa sidia di sisi kita. Kejayaan kita bukanlah bergantung kepada kewujudan dia sebaliknya atas usaha dan keberanian kita sendiri untuk bangun semula setelah dikecewakan.





2. Sebenarnya, ketahuilah bahawa kita telah gagal banyak kali dalam hidup kita. Ketika mula belajar berjalan, kita jatuh dahulu dan ban gun semula. Usah risau apabila ditimpa kegagalan. Tetapi bimbanglah dengan peluang yang terlepas jika kita langsung tidak berusaha, hanya menyerah kalah pada takdir.  





Oleh itu, jangan pernah mengaku kalah jika belum mencapai hasil yang anda inginkan. Orang yang menang dan berjaya telah berkali-kali jatuh tersungkur sebelum mereka boleh bangga meraih kejayaan yang abadi.


3. Dalam setiap usaha yang kita lakukan, kena ada rasa prasangka yang baik kepada Allah Yang Maha Pemberi rezeki. Kena yakin bahawa rezeki ada di mana-mana kerana muka bumi ini luas. Rancanglah masa depan anda dengan baik dan ambil iktibar dari kegagalan masa lalu anda.




Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar sentiasa berprasangka baik, merancang dengan baik, berusaha sehabis baik, bersyukur jika diuji dan sentiasa sabar melakukan sesuatu.

Semoga kita semua mampu bangkit dari kegagalan dan melupakan kenangan pahit yang telah mendewasakan. Bersyukurlah kerana kita mampu melepasi ujian yang Allah turunkan hingga akhirnya kita menjadi manusia yang berjaya dan mengisi hidup dengan sesuatu yang bermakna.

Lupakan kegagalan lalu! Kita boleh melakukannya!

#sebarkan bahagia


Tag : Motivasi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Kata-kata Motivasi Dan Inspirasi Bangkit Dari Kegagalan"

Assalamualaikum..aynora

saya suka..sy suka..entri motivasi mcm nih..dulu ayie mmg suka mencatit kata2 motivasi dlm buku kecil yg ayie buat sendiri..hehe.

betul kata2 tu kn..kita selalu terlupa bahawa kita dahulu semasa bertatih nak belajar berjalan entah berapa kali kita terjatuh namun kita tak putus asa akhirnya dgn berkat ketidakputusasaan kita tu kita dpt berjalan, kemudian berlari...

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerana baca kisah motivasi saya, sebenarnya kita telah diajar secara positif sejak dari kecil lagi. Dah jatuh bangun balik, kena kuat semangat, jgn biar orang buli kita dan banyak lagi. Sebab itu hingga dewasa pun kita kena ingat pelajaran-pelajaran kecil yg orang tua kita telah tinggalkan dalam diri kita...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top