Header Ads

Kenali Rahsia Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember


Advertisement
Ciri-Ciri Dan Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember - Disember datang lagi. Bagi sesetengah orang, bulan Disember penuh kisah sedih. Mungkin pengalaman sedihnya banyak berlaku pada bulan Disember. Bagi saya pula, saat terindah tentulah bila saya dilahirkan pada awal Disember. Terima kasih kepada ayah dan bonda yang melahirkan saya ke dunia ini. Alhamdulillah...




Kenali Rahsia Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember

Nak cerita sikit berkenaan mereka yang lahir dalam bulan Disember. Contoh terdekat adalah saya sendiri...hihi. Saya lahir pada 4 Disember. Jadi, apa kata kita kupas sedikit mereka yang lahir pada 4 Disember. (Yang lain-lain tu, saya tak berkesempatan pula nak selidik...)

Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Ada banyak kebenarannya tentang kekuatan personaliti yang tersenarai di atas. Secara ringkasnya, ia ada banyak kaitan dan kena dengan personaliti saya yang dilahirkan dalam bulan Disember. Tapi ingat ya, pendapat di atas adalah sekadar kajian oleh manusia yang bukan ma'asum sifatnya. Jadikan ia sekadar bacaan semata-mata.  

Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Yang ini, kelemahan personaliti orang yang lahir dalam bulan Disember. Ada yang salah dan sipi-sipi yang betul. Tidak semuanya ada kaitan dengan saya. Jadi, anda yang lahir dalam Disember pun janganlah rasa 'down' pula bila baca tentang kelemahan yang ada kena dengan personaliti anda. Hidup kan ada pasang surutnya!

Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Siapa agaknya golongan terkenal yang mempunyai nombor 4 dalam tarikh lahirnya? Antaranya adalah Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher dan Arnold Schwarzenegger.

Ciri-Ciri Dan Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Disember


So, secara ringkasnya berikut adalah ciri-ciri dan personaliti orang yang lahir pada bulan Disember. Baca dengan fikiran terbuka. 




1. Sangat setia dan pemurah.
2. Bersifat patriotik.
3. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
4. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
5. Bercita-cita tinggi.
6. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
7. Seronok bila didampingi.
8. Suka bercampur dengan orang.
9. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
10. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
11. Tidak pandai berpura-pura.
12. Cepat marah.
13. Perangai yang mudah berubah-ubah.
14. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
15. Benci pada kongkongan.
16. Suka berlawak.
17. Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Selamat membaca dan sebarkan bahagia. Tanamkan sangkaan baik kepada orang disekitar kita.  
Advertisement

5 comments:

  1. Assalamualaikum.

    aynora lahir bulan 4 Dis eh...di ini ayie ingin jadi org pertama yg mengucapkn selamat hari lahir buat aynora...haha

    semoga jadi anak yg berbakti jadi insan yg berakhlak mulia dan yg utama jadi hamba Allah yg taat semua suruhan dan larangan-Nya. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Terima kasih Ayie, alhamdulillah. Aamiin...ya Allah, semoga apa didoakan oleh Ayie buat saya itu jadi kenyataan dengan izinNya. Wallahua'lam..

      Delete
  2. saya lahir december juga tapi sy tak pandai buat lawak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai buat lawak, tapi suka orang berlawak...ok jugak..:)

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.