3 Tips Pasti Lelaki Jatuh Cinta!

aynora nur | 12 January, 2015,9:50 AM |
Advertisement
3 Tips Pasti Lelaki Jatuh Cinta! - Saya bukanlah pujangga cinta. Jauh sekali nak pandai-pandai buat tips cinta yang kita sendiri pun bukanlah mahir dalam bidangnya. Artikel tentang tips pasti buat lelaki jatuh cinta saya ambil dari blog Razzi Rahman - Brother Love. Beliau adalah pemilik blog Cinta & Tips Cinta Brother Love. Banyak lagi tips yang menarik yang boleh dibaca dari blog beliau. 
  



3 Tips Pasti Lelaki Jatuh Cinta!


Namun begitu suka saya nak pesan, baca dengan minda terbuka. Tips cinta yang diberikan sekadar panduan dan perkongsian. Tidak semestinya tips cinta yang dikongsikan ini boleh digunakan oleh semua orang!


#Buatkan diri anda lebih menarik


Lelaki selalunya akan lebih tertarik kepada girls yang interesting dan tidak membosankan. Girls yang asyik bercakap soal cinta, asyik tanya, “Mengapa tak call? Mengapa tak jawab sms? Mengapa tak nak jumpa?” Itu soalan-soalan yang pasti membuatkan lelaki akan terus bosan dan meninggalkan anda.

Maknanya, you all mesti mempunyai kehidupan sendiri. You all mesti busy kan yourself dengan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatiannya bukan shopping je, bergossip je, … Contoh :-

a)Menghadiri berbagai kursus-kursus motivasi dan usahawan
b)Mempunyai jadual tetap ke gym
c) Menjadi ahli persatuan badan-badan kerajaan atau kebajikan
d) Mempunyai hobi seperti, berenang, melukis, bidang seni dan sebagainya.

Anything lah as long as…apa yang anda lakukan, adalah perkara yang tidak ada kena mengena dengan lelaki yang anda kenali itu. Dan pastinya, lelaki itu akan lebih menghormati anda jika anda adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti ini, malah lelaki itu juga akan merasa tercabar apabila berdepan dengan wanita yang berkerjaya serta mempunyai kehidupannya yang tersendiri, sehingga mereka akan merasakan yang anda adalah lain dari wanita lain dan sangat menarik.


#Jangan cepat perasan dan jatuh cinta


Simpan dulu perasaan yang membuak-buak tergila-gilakan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu baik, you all terus perasan yang dia syok kat you all. Then jangan pula letakkan diri anda begitu bawah hanya kerana mengimpikan cinta seorang lelaki. The minute you buat you ternanti-nanti cintanya, tergila-gilakannya…habislah beb, dia surely bosan dengan you, belah terus berbatu-batu lari dia.



 



So, tak tunjuk salah, tunjuk pun salah jugak…aik? Macamana nak buat ni?

The trick here is, Tarik tali or tarik kuda…pernah dengar? Macam memancing ikan laaa…mula-mula kita tahan umpan, then bila ikan dah terpaut kat umpan kita tu…kita tarik tali pancing tu sikit, kasi tersangkut then kita lepas tali pancing tu…kasi ikan tu berenang bebas…then kita tarik sikit lagi…then kasi berenang lagi…then tarik, sampai-sampai ikan tu letih, then baru kita tarik habis, tertangkap lah ikan tu….

Amacam? Ada nampak kaa? Cara ini pasti akan membuatkan lelaki merasa susah dan senang. Haa, barulah interesting. Tidak susah untuk mendapatkan anda, tetapi tidak pula begitu mudah.

Masalahnya sekarang ni, ramai wanita yang cepat sangat tunjuk yang dia berminat dengan lelaki tu. Sms sepanjang masa, kalau call je layan…ajak keluar je terus On! Tak boleh macam tu. Angkat diri anda sikit, kasi mahal sikit. Walau anda boleh menjawab smsnya, walau anda boleh menjawab telefonnya…anda hindarkan sikit…biarkan dia tertanya-tanya.


#Mengkaguminya…


This one memang interesting hehe…alright kaum lelaki, jangan marah kat bro ya, nak mengata sikit…Lelaki cukup terkenal dengan egonya, ada banyak perkara yang menaikkan ego mereka. Perasaan bongkak or in control tu kira memang dia orang suka.

So, gunakan kelemahan ini untuk memikat lelaki! Caranya mudah…1st sekali you all kena buat supaya dia tahu yang you all suka kan lelaki itu TETAPI sekadar seorang kawan. Then…slowly you perhatikan apakah perbuatannya, cara pemikirannya, perlakuannya, perkara yang boleh you all puji dia, kaguminya.

Cari masa yang sesuai, then pelan-pelan cakap kat dia, mulakan dengan berkata,

* “I kagum sangat dengan cara you berfikir”
* “I admire keputusan you.”
* “Saya tak pernah terfikir ada lelaki yang bijak bertindak seperti awak!”

Hahahaha…terus cair lah mamat tuuu bila dengar wanita cakap macam tu kat dia. Puji dan kagumi dirinya. TAPI, lepas cakap macam tu…belah lah, biarkan dia terfikir-fikirkan anda…biarkan terngiang-ngiang di telinganya sepanjang hari, sepanjang malam bro PASTI, lelaki itu akan jatuh cinta dengan anda tidak lama lagi. Okay?

Pesan bro, anda sendiri pun kenalah bersiap, kena selalu berhias sebaik mungkin, keterampilan kena jaga. Jangan selekeh walau pun hanya ke kedai runcit. Latihkan diri anda sentiasa kelihatan menarik walau kemana anda pergi. Janganlah sesekali pakai kaftan keluar rumah beb…adoi!

“Look the best, then you’ll be the best and he’ll be the best for you”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "3 Tips Pasti Lelaki Jatuh Cinta!"

Haha, saya sebagai lelaki terpaksa jujur mengaku yg tips di atas memang 90% berkesan....
Meminta maaf sebelum memulakan percakapan, itu yang buat saya terpikat kat seseorang, dulu....coz dia hormat kita.

Betul kan...sebab yang share tips ini pun orang lelaki. hihi...:)

Poin yang kedua sulit kalo udah kasmaran gak kuat lagi nahan atau bersandiwara hehe

Hihi...kena jaga maruah wahai wanita!

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top