Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Memikat Lelaki Idaman Yang Beriman

Cara-Cara Memikat Lelaki Idaman Yang Beriman | Siapakah lelaki idaman anda? Apakah kriteria lelaki idaman yang anda cari? Perlukah 'prince charming' anda memiliki kesempurnaan yang tiada cacat celanya? Atau...cukupkah kita hanya menunggu takdir jodoh kita datang sendiri.


Cara-cara Memikat Lelaki Idaman


Wahai wanita, jika telah sampai seru dan anda telah bersedia untuk berkahwin, maka pilih dan pikatlah lelaki yang beriman. Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim).


Mengapa Mesti Cari Lelaki Idaman Yang Beriman?

Kita digalakkan mencari lelaki atau pasangan yang beriman supaya dengan perkahwinan tersebut kita dapat merasa tenang dan tenteram, selain ada barakah di dalamnya. Semoga dengan memilih lelaki idaman yang beriman, kita memiliki haluan dan tujuan hidup yang sama iaitu memburu keredhaannya untuk pengakhiran hidup yang khusnul khatimah. Bersama hingga ke jannah! Subhanallah.

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Sementara itu, orang yang beriman kepada Allah, tidak gentar dengan cubaan, ugutan dan cabaran anasir jahat kerana kukuh imannya terhadap Allah Yang Maha Tinggi.
“Dan Allah membuat isteri Fir’aun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika isteri Fir’aun berkata: “Wahai Rabbku, bangunkanlah untukku di sisi-Mu sebuah rumah dalam syurga. Dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang dzalim.” (Perumpamaan yang lain bagi orang-orang beriman adalah) Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimah-kalimah Rabbnya dan kitab-kitab-Nya, dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.” Surah At-Tahrim: 11-12
Al-Imam Ath-Thabari rahimahullah berkata dalam kitab tafsirnya: “Allah yang Maha Tinggi berfirman bahawasanya Dia membuat perbandingan bagi orang-orang yang membenarkan Allah dan mentauhidkanNya, dengan isteri Fir’aun yang beriman kepada Allah, mentauhidkanNya, dan membenarkan Rasulullah Musa ‘alaihissalam. Sementara wanita ini di bawah penguasaan suami yang kafir, satu dari sekian musuh Allah. Namun kekafiran suaminya itu tidak memudharatkannya, kerana ia tetap beriman kepada Allah. Sementara, termasuk ketetapan Allah kepada makhlukNya adalah seseorang tidaklah dibebani dosa orang lain (tapi masing-masing membawa dosanya sendiri, dan setiap jiwa mendapatkan apa yang ia usahakan.” (Jami’ul Bayan fi Ta`wilil Qur`an/ Tafsir Ath-Thabari, 12/162)

Apakah Ciri-ciri Lelaki Yang Beriman? 

  1. Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
  2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita-cita tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
  11. Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
  12. Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.
  17. Memberikan kasih sayang kepada keluarga.

Cara-Cara Memikat Lelaki Idaman Yang Beriman

1. Senyuman Ikhlas - Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup-degup. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman wanita sememangnya sangat menawan. Hatinya akan terasa bagaikan dipanah. Namun begitu, memikat lelaki beriman tidak perlukan anda tersenyum meleret keterlaluan. Cukup anda tersenyum dengan ikhlas dan biarkan niat anda sampai kepadanya nelalui keikhlasan juga. Pasti lelaki tersebut akan terasa keserasiannya.

2. Mata Yang Cantik Dan Merendah Diri - Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik. Solekan hanya mengaburi mata yang memandangnya daripada melihat kecantikan asli wanita. Namun lelaki yang beriman memandang wanita yang menundukkan pandangannya. Lelaki beriman mencari wanita yang memiliki sifat malu tetapi dalam masa yang sama bijak memanfaatkan pandangannya untuk mencari ilmu kebaikan. Jadi duhai wanita, tundukkan pandangan kamu jika mahu memikat lelaki beriman.

3. Penampilan Yang Menarik Dan Menutup Aurat - Penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan lelaki mudah jatuh cinta. Melihatkan gaya mereka berpakaian, cara bertutur juga pembawakan diri mereka di kalangan orang ramai adalah aspek yang lelaki lihat dahulu. Namun jagalah adab pakaianmu, tutur kata dan tingkah laku jika mahu memikat lelaki idaman yang beriman. Kerana hanya dengan memerhati bagaimana wanita bertutur pula sudah cukup untuk menjelaskan latar belakangnya termasuk tahap pendidikan, keluarga juga personaliti.

4. Pengetahuan ilmu rumahtangga yang tinggi - Maksudnya anda perlulah bersedia dengan kepakaran memasak yang boleh menambat hati lelaki yang beriman. Pakar tidak mestinya pandai macam chef, lincah macam master chef profesional tetapi memasak dengan kasih sayang dan doa untuk keluarga bahagia. Jadi wanita yang bersih dan ikhlas melakukan kerja-kerja rumahtangga walaupun anda seorang yang berkerjaya.

Anda juga boleh menggunakan cara-cara berikut untuk memikat lelaki idaman:
  1. Bersikap jujur dan sentiasa merendah diri.
  2. Lakukan apa yang lelaki beriman suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Contohnya pandai menjaga diri dan tidak bercampur gaul dengan bebas melainkan untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki.
  3. Menjaga kebersihan diri dan berpenampilan menarik. Maksudnya tidak sembarangan mengenakan  pakaian.
  4. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Mempertingkatkan sahsiah diri agar dipandang tinggi oleh lelaki idaman anda.
  5. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  6. Bersikap berhati-hati dan tidak mengongkong. Hormatilah orang lain dengan selayaknya.
  7. Tidak sengaja nenggoda mereka. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan tetapi cukup dengan lelaki tersebut mengetahui bahasa tubuh yang anda gunakan. Bersederhanalah ketika menuturkan kata. Insyaa Allah, lelaki idaman yang beriman nampak 'effort' atau usaha anda itu.

Untuk misi pencarian lelaki idaman yang beriman, saya cadangkan kita baca ebook Hi Hensem! Cara 'Halus' Memikat Lelaki Idaman Anda tulisan pakar motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj.




Siapakah DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj?

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj adalah Pengasas Formula 3E. Beliau telah menulis 100 buah buku dan satu-satunya motivator yang juga seorang penulis dan novelis. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1960 merupakan seorang pakar motivasi yang sering memberikan ceramah motivasi kepada ramai orang sejak 15 tahun yang lalu. 
Menurut wikipedia, antara buku-buku motivasi yang telah dihasilkannya adalah seperti berikut:
  1. Membina Imaginasi Cemerlang (Karya Bestari) 
  2. Membina Hati Bahagia (Karya Bestari)
  3. Membina Jatidiri Gemilang (Karya Bestari)
  4. Membina Peribadi Anggun (Karya Bestari)
  5. Membina Rasa Cinta (Karya Bestari)
  6. Membina Cinta Sayang (Karya Bestari)
  7. Membina Personaliti Terbilang (Karya Bestari)
  8. Membina Jiwa Serasi (Karya Bestari)
  9. Membina Unggul Lelaki (Karya Bestari)
  10. Membina Cinta Suci (Karya Bestari)

Cara-Cara Memikat Lelaki Idaman Melalui eBook Hi Hensem!


Senarai ini hanya sebahagian isi kandungan dalam ebook ‘Si Hensem’.

Bab 1 : Mengapa Mereka Dapat, Aku Tidak.

  • Betulkah ‘tidak cantik’ itu menghalang kita memiliki cinta idaman?
  • Apakah tembok-tembok yang memenjara minda kita para wanita sehingga tidak percaya bahawa terpikat dan memikat itu adalah hak semua yang hidup.
  • Adakah wanita tidak boleh mengubah nasib, dan hanya menerima takdir bulat-bulat dan redha tanpa mengerah keringat?
  • Usah berbohong kepada diri sendiri. Bagaimana yang dikatakan sebagai berbohong kepada diri sendiri itu.
  • Kenapa ramai wanita cantik tidak berpunya? Benarkah cantik itu adalah penghalang utama menemui jodoh hidup.
  • Sikap pasrah dan tawakkal yang TUHAN marah.

Bab 2 : Persediaan Memikat Untuk Dapat.
  • 3 ciri perempuan sejati yang mengujakan lelaki.
  • Beza antara perempuan dan betina. Mana satu anda patut jadi? Atau kedua-duanya sekali?
  • Benarkah jika kita lambat bermula, maka pilihan lelaki idaman itu akan ‘habis’ kerana laris?
  • Rangsangan dan tips untuk menjadi lebih berani mencari cinta lelaki.
  • 3 hingga 4 jenis berani yang mampu membuatkan wanita lebih diredhai Ilahi, sebelum menemui jodoh sendiri.

Bab 3 : Siapakah Diriku Ini
  • Bagaimana berkulit hitam itu lebih diminati lelaki.
  • Menurut pakar sains pemakanan dari UKM, terlalu menghendaki putih berseri, hanya akan memakan diri. Ketahui fakta ini sebelum anda tersilap mencantikkan diri ke arah membinasakan badan sendiri.
  • Penyakit demi penyakit jika tersilap mencantikkan diri.
  • Adakah berbaloi mengambil produk mencerahkan kulit untuk memikat lelaki? Setakat manakah ia berbaloi?

Bab 4 : Menguasai Psikologi Lelaki
  • Jadual lengkap bagaimana ‘modal’ memikat yang sesuai bagi pelbagai status lelaki.
  • Bagaimana cara anak dara boleh memikat teruna, sebelum dan apabila sudah terpikat.
  • Bagaimana anak dara boleh memikat si duda dengan hanya bermodalkan _______ dan ______.
  • Teknik memikat suami orang, dan dalam masa yang sama tidak menghancurkan rumahtanga orang.
  • Teknik andartu memikat teruna atau dara dengan mempamerkan _______, bukannya dengan menunjuk-nunjuk.
  • Apabila sudah mula terputiknya perasaan suka dan cinta, apakah cara terbaik mengikat si dia (lelaki) sehingga komited hingga ke jinjang pelamin.
  • Bagi wanita yang berstatus janda, caranya lain pula untuk memikat teruna, dara atau suami orang.
  • Ingat, mencintai suami orang itu tidak salah kerana Islam sendiri membenarkan lelaki mencintai dan mengahwini 4 orang, asal bisa redha dan menjaga iman dalam diri.
  • Bagaimana kisah maharaja China mampu membantu anda mendapat inspirasi dan strategi buat memikat lelaki sejati.
  • Nilai apakah yang perlu dijaga ketika dalam alam perkahwinan?

Bab 5 : 7 Titik Kelemahan Lelaki
  • Se ego-ego dan sehebat-hebat lelaki. Mereka juga ada kelemahan. Ketahui kelemahan mereka.
  • Apa anda sebagai wanita perlu lakukan terhadap kelemahan lelaki ini.
  • Awas dengan kelemahan lelaki ini, kelak akan membuatkan hubungan menjadi buruk. Silap cara dan sikap, anda akan terjerumus terperangkap.
  • Kata-kata yang akan membuatkan lelaki terkedu dan mula hormat kepada anda, bukannya memperlekeh menghina.
  • Hadiah terbaik untuk diberikan kepada lelaki.
  • Wanita tidak perlu hipokrit, tapi perlu selalu membaiki diri sedikit demi sedikit. Bagaimanakah caranya untuk berbuat baik sehingga dianugerahi rasa sayang dan cinta dari lelaki?

Bab 6 : Mengalirkan Arus Minda Kepada Si Dia
  • Ini bukan ilmu khurafat, tetapi ilmu penuh berkat.
  • Keadaan bagaimanakah yang membuatkan seorang wanita itu rosak kerana cinta. Elakkan keadaan ini.
  • 3 cara mengelak menjadi mangsa nafsu rakus seorang lelaki yang fasik.
  • 7 kuasa yang akan membuatkan lelaki lemah dengan kita, dan tiada mahu menzalimi kita para wanita.
  • 7 perkara ini diterangkan secara terperinci, supaya anda tahu cara dan kepentingan melakukannya.
  • Ketahui konsep Beta, Alpha, Theta dan Delta.
  • Bagaimana arus yang wujud dalam minda, akan mempengaruhi keadaan kita dan si dia.

Bab 7 : Imaginasi Cemerlang Untuk Memikat
  • 3 langkah untuk mengalirkan ____ kepada si dia.
  • Bagaimana kuasa tidur, imaginasi dan mimpi berkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita.
  • … dan banyak lagi.

Bab 8 : Petua Menawan di Mata Orang
  • Bagaimana memukau orang lain, sehingga si jejaka meminati kita.
  • Bagaimana berfikir yang membuatkan syaitan suka campur. Nauzubillah min zalik.
  • 10 perkara yang membuatkan wanita itu anggun dan membuat orang melihatnya terpegun.
  • … dan banyak lagi.

Bab 9 : Mari Test Serasi atau Tidak.
Bab 10 : Selingkar Kisah Cinta Gelap.
Bab 11 : Pikatlah, Jangan Sekadar ______.
Bab 12 : Bangkitkan Cantik Anda.
Bab 13 : Biasalah Perigi Mencari Timba.
Bab 14 : Jangan Sampai Terlampau.
Bab 15 : Contoh-Contoh Ayat Memikat.
Bab 16 : Memikat Sebelum Terlekat.
Bab 17 : Apakah Dia Jodoh Kita.
Penutup.

Semoga wanita-wanita di luar sana berjaya mencari lelaki idaman yang beriman. Lakukan sedikit usaha agar cita-cita murni anda berjaya. Anda boleh juga ikut panduan penuh motivasi dari ebook Hi Hensem! Cara Halus Memikat Lelaki Idaman Anda!

Selamat berjaya. Sebarkan bahagia.

>>>>Jika anda ada cadangan atau komen tentang cara-cara memikat lelaki idaman yang beriman, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen. Terima kasih.<<<<<
Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close