Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terima Bayaran Iklan AdSense Dari Google

Terima bayaran Iklan AdSense Dari Google. Memang sudah rezeki saya agaknya...alhamdulillah. Iklan AdSense memang ada pelbagai jenis produk, style, pengiklan dan kriteria iklan lagi yang membolehkan kita memilih secara bijak agar sesuai dengan niche blog kita.


Terima Email Notification Dari Google


Bagaimanakah kita nak tahu jika pendapatan IKLAN AdSense boleh dikeluarkan? Jangan risau....pihak Google akan menghantar email notification menyatakan bayaran telah dibuat. Seperti contoh di bawah.

Terima Bayaran Iklan AdSense Dari Google

Kemudian, ikut arahan yang diberikan Dan anda bolehlah mencetak 'Payment Receipt' sebagai rujukan.


Pentingnya Niche Blog


Contohnya blog aynorablogs lebih mendominasi artikel berkaitan motivasi & kekeluargaan. Jadi, iklan AdSense akan cuba berkolaborasi dengan entri blog kita. Dan semakin ramai pengunjung yang datang baca artikel, pendapatan dari iklan AdSense pun meningkat. Kat sinilah pentingnya blog yang mesra SEO dan bersifat responsif. Iaitu blog yang boleh dilayari dari desktop, mobile ataupun tablet.

Terima Bayaran Iklan AdSense Dari Google


Untuk pendapatan Iklan Adsense pertama yang saya telah terima berjumlah RM460.++. Iaitu pendapatan terkumpul bulan Jun & Julai. Alhamdulillah.

Saya tunaikan bayaran dari Google dengan perkhidmatan Western Union di pejabat pos. Urusannya amat mudah. Tak sampai setengah jam pun...

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca cara tunaikan bayaran IKLAN AdSense dengan western union di pejabat pos. 


Kurang Yakin Dengan Iklan AdSense?


Cerita sikit tentang iklan AdSense...saya hanya serius pasang iklan AdSense di blog pada bulan Jun 2015 yang lepas. Last sekali blog ini dapat income ialah pada tahun 2012. Pada masa itu, saya uninstall iklan AdSense di blog kerana macam kurang serasi dengan produk-produk yang diiklankan. Tetapi semenjak kebelakangan ini iklan AdSense telah dipertingkatkan dan kita ada hak untuk block mana-mana pengiklan yang kita tidak mahu. Dari situlah saya mendapat keyakinan semula untuk memasang banner iklan AdSense.

Kepada anda di luar sana, berblog memang boleh mendatangkan hasil, cuma perlu ada pendirian dan hala tuju yang jelas tentang isi kandungan blog anda.

Ingatlah! Jangan kerana mengejar keuntungan dunia kita terlupa tentang keuntungan di akhirat. 

Tulislah sesuatu yang akan membahagiakan kamu di akhirat nanti. 

Sebarkan bahagia untuk hidup lebih ceria dunia dan akhirat. 


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Saya ada cuba nak pasang iklan adsenses ni tapi tak lepas-lepas. give up jugak rasanya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close