Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buah Lemon Dan 1001 Khasiatnya

Buah Lemon Dan 1001 Khasiatnya | Buah lemon mengandungi pelbagai khasiat dan boleh dikatakan buah yang serbaguna dalam merawat pelbagai penyakit dalaman ataupun luaran secara tradisional. Oleh kerana khasiat dan kelebihan buah lemon yang telah mahsyur di seluruh dunia, harganya melonjak naik. Baru-baru ini (setakat artikel ini ditulis), saya ada membuat survey di beberapa pasaraya mendapati buah lemon bersaiz L dijual pada harga sekitar RM2.15 sebiji.

Namun begitu ia terus dicari oleh orang ramai kerana percaya khasiat buah lemon dalam merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki dan wanita.


Buah Lemon Dan 1001 Khasiatnya


Buah Lemon Dan 1001 Khasiatnya


Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan buah lemon dengan segala khasiatnya.

1. Buah lemon untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam di muka

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat jerawat dan bintik hitam. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar.

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball, letakkan sedikit jus lemon ke tempat jerawat dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tetapi bila telah selalu buat dah tak rasa apa.

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini di kawasan jerawat atau bintik hitam tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam).

Namun jika jerawat di muka anda sudah terlalu teruk, minta nasihat doktor pakar untuk merawatnya.

2. Buah lemon untuk mengatasi Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila digabungkan boleh melawan hypertension.

Caranya:

- Campurkan 3 hirisan bawang putih dan 1 biji bawang merah yang di ketuk, kepada 1 liter susu rendah lemak ataupon susu soya.
- Reneh atas api selama 5 minit
- Tapiskan dan sejukkan
- Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari

Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, Insya Allah.

3. Buah lemon menghilangkan keletihan 

Sekiranya kita berasa amat letih, terutamanya kepada pengembara atau kita banyak berjalan, buah lemon amat berkhasiat untuk membantu melegakan keletihan kita.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut jusnya. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment. Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza. Selain itu, jika anda ada lemon oil, ia juga boleh merangsang aktiviti otak/minda. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air. Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam. Ini pasti amat berguna kepada anda yang suka berjalan.

4. Buah lemon melegakan kahak, batuk dan selsema

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2 jam. Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30 saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas itu telan jus ini untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ini pula bertindak dalam badan.

5. Buah lemon menghilangkan nafas berbau

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam,  ataupun kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

6. Buah lemon melegakan sengatan serangga berbisa

Buah lemon boleh melegakan sengatan serangga seperti tebuan, semut hitam dan sebagainya.

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia. Urut di tempat yang terkena gigitan serangga dengan 1 atau 2 titis minyak lemon, campurkan dengan 1 sudu sudu kecil madu.

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Selain berbau wangi, ia juga boleh menghalau serangga.

Ataupun boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak di dalam bilik. Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil atau pun boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil (minyak lemon).

7. Buah lemon merawat masalah rambut nipis dan berkelemumur

Buah lemon boleh juga berkhasiat untuk merawat rambut gugur dan kelemumur.

Caranya:

Sapu dan urut jus lemon ke atas kepala untuk melancarkan peredaran darah supaya merangsang pertumbuhan rambut. Selain itu, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.


Daripada rangkuman khasiat di atas, buah lemon terbukti memiliki khasiat yang banyak dalam merawat penyakit terutamanya dalam mengubati penyakit secara tradisional.

Pada dasarnya buah lemon hanya dijadikan penambah rasa dalam masakan tradisi seperti untuk menghilangkan hanyir ikan, menaikkan rasa masakan berkukus, dalam penyediaan air minuman dan terkenal dalam pembuatan kek.


Kandungan Nutrisi Buah Lemon 


  1. Nutrition Facts

    Jumlah Per 
    Kalori 17
  2. % Nilai Harian*
    Jumlah Lemak 0.2 g0%
    Lemak Tepu 0 g0%
    Lemak Tak Tepu Poly 0.1 g
    Lemak Mono Tak Tepu 0 g
    Kolesterol 0 mg0%
    Sodium 1 mg0%
    Kalium 80 mg2%
    Jumlah Karbohidrat 5 g1%
    Serat 1.6 g6%
    Gula 1.4 g
    Protein 0.6 g1%
    Vitamin A0%Vitamin C51%
    Kalsium1%Besi2%
    Vitamin D0%Vitamin B-60%
    Vitamin B-120%Magnesium1%
    *Peratus Nilai harian berdasarkan diet 2000 kalori. Nilai harian anda mungkin lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada keperluan kalori anda.

Sejarah Buah Lemon


Setelah pelbagai kajian mendapati buah lemon mengandungi 1001 khasiat, kegunaan buah lemon semakin meluas. Mengikut sejarahnya, buah lemon berasal daripada Asia. Mengikut wikipedia, Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus × limon, selalu diberi gelaran sebagai C. limon) dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya.

Buah Lemon Dan 1001 Khasiatnya


Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (di dekat Itali selatan) paling lambat pada abad ke-1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700. Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Asal genetik lemon bagaimanapun, dilaporkan merupakan hibrid antara oren pahit dan sitron.


Rujukan:

1. https://www.facebook.com/impiansemuawanita?fref=photo 
2. Wikipedia Bebas
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Lemon 

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak khasiat di dalam sebiji buah lemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar, saya pun dah amalkan...minum air lemon cepat melegakan batuk..

      Delete
  2. Buah lemon memang mahal sikit kat Malaysia ni..tu yang berkira-kira sikit nak beli. Tapi masalahnya nya teh ais lemon memang sedap, pejam mata aje lah beli lemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nurul, tapi khasiatnya banyak sgtt...harus beli juga buat stok kat rumah.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close