Hembusan Angin Syurga

aynora nur | 05 October, 2015,9:02 AM |
Advertisement
Hembusan Angin Syurga - Ya Allah masukkanlah kami ke syurgaMu. Aku tahu amal kebaikanku belum mencukupi, aku tahu bekalan iman dan taqwa ku masih berbolak balik. Namun Engkau tetapkanlah hati-hati kami di atas jalanMu. Ya Allah, masukkanlah kami ke syurgaMu.

Disebutkan dalam hadis, "Sesungguhnya syurga itu berkata," Wahai Rabbmu...berilah aku orang -orang yang memang berhak mendiamiku, dan berilah aku apa yang Engkau janjikan, kerana sutera, sutera halus, sutera tebal, mutiara, marjan, Perak, emas, kendi-kendi, khamar-khamar, madu dan susuku sudah banyak. Maka berilah aku orang-orang yang memang berhak mendiamiku dan berilah aku apa yang Engkau janjikan."



Hembusan Angin Syurga


Disebutkan juga,
"Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah tiga kali, maka Syurga akan berkata," ya Allah masukkanlah ia ke Syurga."

Rasulullah bersabda:
"Pada waktu malam israk saya melihat diriku bersama dengan Ibrahim, Ibrahim pun berkata, " Wahai Muhammad, aku telah diperintahkan untuk membaca kan salam kepada umatmu dan untuk mengkhabarkan kepada mereka bahawa syurga itu adalah air yang segar dan debu yang bagus. Syurga adalah juga padang-padang tanaman yang tananannya adalah Subhanallah, La-ilaha illallah dan Allahu Akbar."

An-Nasa'i dan At-Tirdmizi mentakhrij dari Jabir RA, dari Nabi SAW, Orang yang mengucapkan,
"Subhanallahul-Adzim wa bihamdihi,' maka baginya ditanamkan sebatang pohon kurma di syurga.

Sebahagian orang-orang salaf mengatakan, "Yang saya dengar adalah bahawa rumah-rumah syurga itu dibangun dengan zikir. Maka jika seseorang itu enggan berzikir, para Malaikat pun malas membangunkan rumah." Dan ketika ditanya tentang keengganan mereka itu, mereka menjawab, "Sampai engkau memberikan nafkah kepada saya.

Nafkah yang dimaksudkan di atas sudah tentulah amal kebaikan, zikir-zikir dan sebarang permohonan doa-doa yang baik-baik.

Sejujurnya, semua orang pun mengimpikan bahagia. Semua orang mengharapkan ke syurga Allah. Semoga hembusan angin syurga yang ditiupkan oleh kisah dan cerita di atas, menjadi sumber inspirasi kepada yang masih hidup. Subhanallah. Panggillah kami ke syurgaMu, ya Allah ya Rahman Ya Rahiim.

Sebarkan bahagia.

Rujukan:.

1. 100 Cara Menjadi Kekasih Allah, Umar bin Musa Hafiz; Pustaka Ilmi (2000)
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Hembusan Angin Syurga"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top