Header Ads

Bolehkah Jadi Jutawan Dengan Menulis?


Advertisement
 

Jadi jutawan dengan menulis - Semua orang menyimpan cita-cita untuk jadi jutawan. Walau ia mudah disebut namun sukar juga untuk merealisasikannya. Saya pun ada cita-cita sebegitu. Dan, saya cuba mengecapinya dengan cara sendiri. Mungkin saya ada kelebihan dalam bakat menulis, so saya cuba menjadi jutawan dengan menulis. Bolehkah?

Baca cerita saya sikit...sewaktu sekolah dahulu saya memang rajin menulis dan karangan Bahasa Malaysia saya sering mendapat markah tertinggi hinggakan menjadi contoh dan rujukan kepada pelajar yang lain. Ketika tingkatan lima saya sudah mula menghantar artikel atau rencana ke majalah-majalah akademik. Bila rencana saya disiarkan, saya rasa kejayaan dan kepuasan yang luar biasa. Dapat bayaran pertama RM60 punyalah suka..hihi

Kemudian memasuki tingkatan enam saya semakin berani menghantar karya kreatif seperti sajak dan cerpen ke akhbar-akhbar dan majalah yang terkenal antaranya Majalah Wanita, Bacaria, Harian Metro dan banyak lagi. Ada yang diterima dan ada juga karya-karya saya yang dikembalikan. What to do...redha je la...

Bila telah habis belajar, memasuki alam pekerjaan dan bekerja dalam bidang hartanah. Menulis lagi tetapi bukan dalam bentuk komersial sebaliknya berlandaskan undang-undang dan dokumen perundangan. Namun saya ambil ini sebagai satu cabaran untuk mengasah skill menulis saya.

Akhirnya saya buat blog suka-suka pada tahun 2008. Ketika itu kekangan belajar MBA, bekerja dan mengurus keluarga menyebabkan blog saya terabai buat sementara waktu. Saya tumpukan pada MBA saya dan tamat pada tahun 2011.

Dan mulai saat itulah saya kembali aktif berblog pada sekitar bulan November 2011. Saya tidak menoleh ke belakang lagi dan mula menghasilkan entri dan artikel yang bermutu serta bermanfaat kepada khalayak yang lebih ramai.

Kini daripada tiada pengikut dan trafik yang macam siput, akhirnya saya berjaya jadi JUTAWAN. Jadi jutawan dengan menulis. Ya...itulah realitinya. Saya tidak menipu. Dan anda boleh jadi saksinya. Saya memiliki jutaan trafik daripada pembaca yang datang ke blog setiap hari dan hingga kini telah mendapat trafik sebanyak lebih 5 juta. Menghampiri 6 juta pun...

Secara logiknya jika setiap 5 juta trafik yang hadir dalam blog ini ditukar kepada ringgit, anggaran RM1.00 kepada setiap trafik. Maka saya telah mengumpul RM5 juta ringgit. Hahaha...(impian yang boleh diterjemahkan) dengan usaha dan strategi.

Jadi jutawan dengan menulis adalah tidak mustahil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Meh baca dan download eBook di bawah untuk jadi jutawan dengan menulis.

At least, saya pun sedang melalui jalan yang betul untuk menjadi jutawan.


Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan Dengan Menulis


Dengan menulis blog, saya dapat income. Antaranya:

1. Komisen jadi agen affiliate di Sweetmuslimah.Com.
2. Income yang berterusan daripada iklan Nuffnang
3. Pendapatan dalam USD daripada pihak AdSense.
4. Saya juga memiliki blog yang lain yang menjual makanan kesihatan dan fesyen Muslimah.
5. Saya juga pemilik bersama sebuah syarikat perunding hartanah.

Jika dikumpulkan pendapatan-pendapatan di atas, setiap bulan saya boleh katakan income part time saya daripada blog hampir sama dengan separuh pendapatan bulanan saya.

Semoga perkongsian tentang saya sendiri di atas dapat menjadi dorongan kepada anda di luar sana untuk menjadi jutawan dengan menulis.

Manakan nak dapat sagu jika tak dipecahkan ruyungnya.

Selamat mencuba. Jangan malu bermimpi macam saya. Mimpi untuk jadi jutawan. Jom download dengan eBook di bawah untuk jadi jutawan dengan menulis.



Selamat berjaya.


Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.