Cara Buat Sambal Kicap Paling Sedap Dan Kurang Pedas

loading...
Aynorablogs.Com - Cara Buat Sambal Kicap Paling Sedap Dan Kurang Pedas. Sambal kicap paling popular dimakan dengan pisang goreng. Kalau anda nak tahu, makan pisang goreng cicah sambal kicap adalah cara orang Johor...hihi

Bila saya bercerita dengan rakan-rakan dari negeri lain, mereka kehairanan. Tetapi kini sejak dikomersialkan beberapa tahun dulu, ia sudah jadi biasa. Namun sambal kicap orang Johor jugak yang sedap. Kami orang Johor makan ubi goreng, keledek goreng, Tempe, tahu dan pisang goreng mesti nak cicah dengan sambal kicap. Sambal kicap dimakan dengan sup tulang ataupun mee hoon sup, juga best! Boleh disesuaikan dengan citarasa anda...

Ada banyak cara nak buat sambal kicap yang sedap dan awesome rasanya. Tapi yang pasti bahan asasnya mestilah kicap! He he...


Pelam muda cicah sambal kicap

Makan pelam atau mangga muda dengan sambal kicap pun sedap. Tetapi sambal kicap dikisar kasar. Barulah rasanya ada 'ummph!'...


Cara Buat Sambal Kicap Paling Sedap Dan Kurang Pedas


Bahan-bahan:
(Untuk 1 mangkuk kecil)

40 biji cili padi
4 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan gula
5 biji limau kasturi
1/2 sudu kecil garam
Sedikit Bahan perisa ( jika suka)


Cara menyediakan sambal kicap paling sedap dan kurang pedas


Cara Buat Sambal Kicap Paling Sedap Dan Kurang Pedas


1. Kisar semua bahan iaitu cili padi, bawang putih, kicap dan gula hingga halus.

2. Perahkan limau kasturi dan kisar seketika.

3. Setelah siap perasakan. Jika kurang manis tambahkan gula. Jika kurang cair tambahkan lagi sedikit kicap manis.

4. Sambal kicap sedap siap untuk dicicah dengan pisang atau keledek goreng.

Apakah rahsianya menjadikan sambal kicap anda kurang pedas tetapi sedap? Sudah tentu perahan jus limau kasturi yang saya sebutkan di atas. Perahan jus limau kasturi menjadikan sambal kicap anda kurang pedas dan sedap. Kepedasannya tidak menyengat hingga menyebabkan airmata mengalir bila memakannya.

Cara Buat Sambal Kicap Paling Sedap Dan Kurang Pedas

Saya dah cuba. Dan itu memang caranya supaya sambal kicap kita jadi pujaan ramai. Hihi...

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.